Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Saturday, August 22, 2009

SELAMAT BERPUASA ;)

Salam...

Selamat Berpuasa. Semoga Ramadan tahun ini membawa seribu keberkatan dalam menjalani kehidupan duniawi yang semakin mencabar. Banyak-banyakkan amalan dan istiqamah kepadanya, semoga ALLAH sentiasa bersama kita. InsyaAllah.


berpuasa di rumah sewa, berteman dengan kelas pack hingga ke petang, berbuka di dalam kelas, semua menduga sejuta kekuatan. May Allah Always be with us.

notes: off untuk RAMADHAN AL-MUBARAK. jumpe di AIDUL-FITRI ok. kecuali ada perkara penting perlu dicerita. i said "kecuali". hehe

salam..

Friday, March 27, 2009

KEBERKATAN SURAH AL-IKHLAS

Salam...

Lama x post ubat-ubatan jiwa... Terfikir pasal surah yang kerap dibaca dalam solat, tadi pun baca surah ni masa solat. huhu.

Browse, surf dan pusing2 dalam google and mail... terjumpa kelebihan Surah Al-Ikhlas. Diharap x terlepas membaca sedikit input untuk dikongsi ni k.. ;)


Bismillahirahmanirrahim...


Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan...



Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali).. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.



Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby.



Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.



Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.


Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a..s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.



*Nota*
Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Saturday, February 7, 2009

Keep an eye...

Salam...

Keep an eye on the goods bar code: Israel's country prefix is 729.











729

MADE IN ISRAEL


________________________________________________________________


Latest?

"
"






amacam cantik? hehe

Sunday, February 1, 2009

Kalam Allah Itu Indah...

Salam...

*Gubahan QURAN kahwin abang, done by sister*


After salat Maghrib, tunggu Isya', after ngaji i have short conversation with Mohd Farred Hadi, (teman seperjuangan) on phone then tetibe terselit soal khatam Quran then terkeluar issue makna surah... then i asked him about meanings and all that, he knew a lilt compared me.. yes khatam 3kali tapi x faham makna, rase cam amattlah rugi... so, nekad, harus tahu apa yang di baca... started with Al-Fatihah... taken here

(sharing is caring)


Surah Al- Faatihah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Amin...

"Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
(Surah Al-Saaffaat ayat 105)




Monday, January 12, 2009

SHOULD TRY!!!

Salam...

We cant do anything yang dapat menghapuskan mereka. Yang bole di buat, " sedikit lama2 jadi bukit". We should try to avoid using these brands and labels. for sure, should try whatever it is!!! kalau tak boleh nkwatcane, at least we try!!! :))



Sunday, January 11, 2009

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful

salam...

سُوۡرَةُ الفَتْح

إِذۡ جَعَلَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فِى قُلُوبِهِمُ ٱلۡحَمِيَّةَ حَمِيَّةَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ فَأَنزَلَ ٱللَّهُ سَڪِينَتَهُ ۥ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ وَعَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَأَلۡزَمَهُمۡ ڪَلِمَةَ ٱلتَّقۡوَىٰ وَكَانُوٓاْ أَحَقَّ بِہَا وَأَهۡلَهَا‌ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمً۬ا (٢٦) لَّقَدۡ صَدَقَ ٱللَّهُ رَسُولَهُ ٱلرُّءۡيَا بِٱلۡحَقِّ‌ۖ لَتَدۡخُلُنَّ ٱلۡمَسۡجِدَ ٱلۡحَرَامَ إِن شَآءَ ٱللَّهُ ءَامِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُءُوسَكُمۡ وَمُقَصِّرِينَ لَا تَخَافُونَ‌ۖ فَعَلِمَ مَا لَمۡ تَعۡلَمُواْ فَجَعَلَ مِن دُونِ ذَٲلِكَ فَتۡحً۬ا قَرِيبًا (٢٧)


Al-Fath (26-27)

(Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) perasaan sombong angkuh secara Jahiliah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Takwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan "kalimah Takwa" itu serta menjadi ahlinya dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (26)

Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjidil Haram, Insya Allah (pada masa yang ditentukanNya) dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat Umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah menangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana Dia mengetahui (adanya feadah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka Dia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masa berlakunya). (27)


source : iLuvislam

...segala yang benar-benar membuktikan kekuasaanMU. SUBHANALLAH...

Saturday, January 10, 2009

Sudah Sudah la tu... (enough is enough)

FREE PALESTINE


Salam....


SUDAH-sudah la tu... Asyik nak serang orang, sembelih situ sana, ape yang hang dapat? lately ramai yang dah boikot dagangan hang, hang ni memang x reti adat, tatau norma hidup atas dunia Allah. Allah bagi tumpang jah kat kita, anytime ja Dia bole amik balik...

Rasa marah , geram bergantang2 dalam hati tapi xmampu nak lawan kau dengan parang kontot. haih!!! aku ingatkan kau before kau merasa balasan kelak. tapi aku rasa kau tamau dengaq aku pun... takpa takpa... ALLAH knows the best apa untuk kami...

Sebelum undur diri, aku nak gitau hang, DUNIA INI MAHA ADIL!!! Aku marah ni.. marah-marah-marah dan marah serta marah....


..."Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Maha Kuasa, tunjukkanlah aku dan saudara-saudaraku akan jalan yang benar(lurus) untuk meneruskan hidup di atas landasan syariahMU.. Ameen Ya Rabbal Alamin"...





Thursday, November 27, 2008

Haruman dari Kubur Syuhada...

*Gambar ini tiada kaitan dengan entry... hee*


Cuti sem ni agak banyak membaca kisah2 nabi...
maybe ase minda kosong dan mase ni la dapat diisi dengan bacaan bfaedah tanpa minda bsimpang siur dengan buku2 akademik.. :)

Mastika pun dibaca, terbaca satu kisah ni, sangat memberi impak kepada diri... hanya mau bkongsi. sharing is caring, bukan?

Pada phujung 2001, seorg pemuda Palestin bnama Muhammad Raihan tlh tkorban sms bertempur dgn tentera Israel. Slpas 100hari kematian, pd 18 feb 2002, ahli keluarga n org ramai mgali kubur pemuda itu serta bbrp kubur lain utk dperbaiki. Salah seorg yg turut terlibat mgali semula kubur tu ialah abang Muhammad Raihan, Jaafar.

Sebaik shj mbuka kubur Muhammad, Jaafar n seluruh tetangga yg berada di situ tkejut apabila bau yg sangat harum tiba2 menyerbu keluar dr pusara bkenaan. Aroma itu melingkari psekitaran kubur tsebut menyebabkan mrk semua tdiam membisu. BAUNYA SANGAT HARUM.

Jenazah Muhammad jg dlihat masih utuh, segar, malah tubuhnya masih hangat seolah2 darah masih mengalir n dia sedang tidur dgn nyenyaknya. Jaafar menatap wajah adiknya n brasa sprt ingin mengejutkannya yg sdg dbaluti kain kafan.


Ketika dtanya oleh org ramai yg tdk menyertainya mgali kubur syuhada itu, Jaafar mberitahu mrk, "saya melihat peluh mbasahai dahinya, lantas saya menyapunya dgn tgn saya sambil dsaksikan oleh org ramai yg terkejut dgn kejadian yg luar biasa itu".

Lebih drpd itu, mrk turut menyaksikan janggut di muka Muhammad lbh pjang bbanding sms dia dkebumikan 100hari lepas. SUBHANALLAH.


Ketahuilah bahawa sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah SWT dan mohonlah ampun bagi dosamu dan bagi org2 mukmin, laki2, dan perempuan (Muhammad:19)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...