Showing posts with label lesson. Show all posts
Showing posts with label lesson. Show all posts

Friday, March 27, 2009

KEBERKATAN SURAH AL-IKHLAS

Salam...

Lama x post ubat-ubatan jiwa... Terfikir pasal surah yang kerap dibaca dalam solat, tadi pun baca surah ni masa solat. huhu.

Browse, surf dan pusing2 dalam google and mail... terjumpa kelebihan Surah Al-Ikhlas. Diharap x terlepas membaca sedikit input untuk dikongsi ni k.. ;)


Bismillahirahmanirrahim...


Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan...



Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali).. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.



Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby.



Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.



Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.


Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a..s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.



*Nota*
Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Friday, February 6, 2009

Budak Lelaki Berspek tadi pun BAIK... walaupun kucing itu tak tahu cane skg... :((

Salam...


*anda akan faham foto di atas selepas membaca karangan di bawah*


Petang tadi after meeting dinner and family day di BK10 fakulti, balik umah jalan kaki... ye, saje sementara ngah rajin... biasa balik with sis or took a bus saje. perjalanan yang mengamik mase 30 minit gak, sorg2, jalan becak pas hujan, owh saya tidak berpeluh pulak, hairan ye! hehe..

sampai di depan blok 34 terdengar bunyi anak kucing dtg dr dlm longkang besar, kebetulan sorg bdk laki yg drees up mcm student, spek mcm ala2 nerd tapi good looking la intai dlm longkang... yang turut mdorongku intai jgk dlm logkang, kesiannn sgt anak kucing tu... laki td pandang aku, aku pandang dia, dia blah je... tinggal la aku tkulat2 depan longkang yg besar lg dlm dengan hati yg gulana bersimpang siur dengan puing2 simpati.. (sastera abes)

then, bdk laki td pusing balik (ye, aku perasan cos aku sorot je badan dia yg agak tough tu melepasi longkang tu dengan muke bsalah dan kesian) TAPI, *jeng jeng jeng, dia tgk kondisi longkang yg besar bagak dan dalam then dia memusingkan badannya lantas menghayun kakinya meneruskan pjalanan...

yes, aku tak dapat comment mende ni cos maybe dia nak cepat then aku jugak maybe akan ber-attitude seperti itu jika tdesak.

tetibe lalu sorg bdk pempuan mcm sebaya aku, bermuka manis berpayung pink, turut intai dlm longkang dengan muka yg penuh kesian sambil mulut tkumat-kamit ckp kesiannnnye...

aku : awak, cane nk selamatkan dia?

gurl : urmm... taktahu, tapi cube guna payung ni...

aku : tapi bahye wak, taksampai. longkang ni dalam dan besar... tapi try dulu.. awak pgang tgn saya...

gurl : ok!

tapi kami x boleh..
dengan kuasa Allah.... (aku tak reka cerita ni, sumpah!)


tetibe sorg bdk India terjun lam longkang yang sama nak amik bola...

aku : you, boleh tolong selamatkan anak kucing ni tak?

boy : tapi saya takut kucing, tapi boleh la cuba...

*agak 20 minit gak dia mencuba cos anak kucing tu takut... lari ke hujung longkang dan finally masuk dlm terowong* aku dan gurl tadi mengeluh berat...

kemudian kami jln seiring, aku bagi payung dia yg dah bengkok separuh, aku mtk maaf cos dah bengkok, dia ckp takpela awak, at least kita cuba... kami borak-borak kosong, rupanya dia amik mekanikal enggrg, duduk perumahan depan rumah aku.. aish, kebetulan... her name DINA, then dia btanya akan namaku then i told NOMI then she called me MURNI...haha! very nice name~


apa yang aku dpt pada hari ni, JUMAAT, dalam Islam dah masuk Sabtu la kirenye...
aku dapat kutip banyak mende dlm pjalanan pulang berjalan kaki yg aku sendiri x expect nak pulang berjalan kaki tadi ialah...

1) Aku dapat bayangkan kucing itu aku dan itu yg mdorong aku mencuba untuk menyelamatkan ia dan aku rasa bangga akan diri sendiri kerana aku berjaya menjiwai watak tsebut (hopefully sape yg bace faham) :D

2) Aku tak berpeluh pun hari ni bjalan kaki dan aku dpt makin dpt buktikan bahawa ALLAH mengiringi mereka yg sentiasa melakukan kebaikan.

3) Aku dapat kawan baru, Dina... hehee~

4) Aku dapat rm100 dari ayah cos sampai di rumah nak cross jalan ayah called and said dia masuk duit.. heheh~ thanks! Alhamdulillah rezeki...

5) Aku bersyukur kerana tdk melakukan perkara seperti lelaki berspek tadi (meninggalkan kucing tsebut yg pada mulanya cuba utk selamatkan) , kalau tidak mlm ni mesti aku tak lena tido.. tapi aku tahu dia pun baik...


betul, aku berusaha tapi masih lagi rase kesal kerana kekurangan upaya nak terjun longkang dalam tuh dan selamatkan sendiri anak kucing itu... haih!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...