Sunday, December 20, 2009

unpredictable and unexpexted!

Salam...


perkara yang paling tidak dapat di tentukan dan dijangka sebagai pelajar ialah result=keputusan exam... Alhamdulillah, berkat doa ikhlas + usaha gigih yg aku rasa x lah berapa all out cos carry marks sikit or maybe aku performed well untuk final, insyaAllah aku harap journey ku towards the star is running smoothly. malah lagi bagus dari last sem. terbaik pernah ku capai! semua berjalan lancar ALHAMDULILLAH, THANK GOD. hey, "selempang pink", NC reserve untuk aku satu kayh! terima kasih untuk semua yang aku sayang yang sentiasa menyokong siang dan malam. lecturers, ibu ayah, friends and special friend!..


aku percaya, kalau aku mendoakan kejayaan pesaingku, semua makhluk Allah turut mendoakan untukku.. even haiwan pun bertasbih untukku.. betul tak? hehe

Friday, October 30, 2009

...

Salam...

InsyaAllah Allah itu Maha Adil. Dia mencipta halangan dan cabaran, Dia juga yang memudahkan segalanya, USAHA + DOA + TAWAKKAL...
  • 3hb Oct - Editorial Mangement (4 credit hrs)
  • 4hb Oct -Interactive Design: Electronic Publishing (4)
  • 5hb Oct - Media, Regulation and Ethics (3)
  • 12 hb Nov - Interpersonal Communication (3)
  • 15hb Oct -The Economics of Publishing (4)
No worries "myself" . Remember Allah and He will remember you...

Sunday, October 25, 2009

Salam...

Selepas melayari laman web MASSA





Kandungan bajet 2010 yang banyak membantu golongan pelajar IPTA dan IPTS




Menjaga kebajikan pelajar

Sebagai galakan, Kerajaan berhasrat memberi ganjaran kepada pelajar cemerlang dalam pendidikan. Untuk ini, Kerajaan akan :



  • menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik atau creme de la creme berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia;

  • menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010


Kerajaan prihatin terhadap kebajikan golongan pelajar terutamanya mereka yang datang daripada kalangan keluarga berpendapatan rendah.



  • untuk itu kita akan memberi diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar. Kad diskaun pelajar 1Malaysia percuma boleh diperoleh dari KTMB. Diskaun tambang ini bermula 1 Januari 2010; dan

  • menawarkan pakej netbook, termasuk perkhidmatan broadband percuma, kepada pelajar universiti dengan bayaran 50 ringgit sebulan untuk tempoh dua tahun. Pakej ini adalah jauh lebih murah daripada harga semasa di pasaran dengan prioroti diberikan kepada pelajar tahun pertama dan dari keluarga berpendapatan rendah. Sebagai permulaan, pakej ini akan ditawar oleh Telekom Malaysia kepada 100 ribu pelajar di semua universiti tempatan bermula 1 Januari 2010.

Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi Awam

Dalam usaha Kerajaan memperkasakan IPTA supaya lebih berdaya saing dan dapat meningkatkan ranking mereka berbanding universiti lain di dunia;



  • maka Kerajaan akan menimbangkan untuk memberi lebih autonomi dalam pengurusan kewangan, sumber manusia, pentadbiran, kemasukan pelajar dan penjanaan pendapatan. Dengan autonomi yang bertambah ini, IPTA, misalnya akan dibenarkan untuk menjana hasil pendapatan melalui penubuhan anak syarikat.

  • bagi mencapai objektif ini, Kerajaan sedia mempertimbangkan kelonggaran peraturan dan syarat yang menyekat IPTA menjana pendapatannya sendiri. Langkah ini akan mengurangkan kebergantungan kewangan IPTA kepada Kerajaan. Walau bagaimanapun, Kerajaan akan memastikan bahawa usaha menjana pendapatan sendiri tidak akan menjejaskan fungsi teras IPTA sebagai gedung ilmu untuk melahirkan modal insan yang berkualiti demi pembangunan ekonomi negara.

Meningkatkan Inisiatif Projek Perkongsian Awam-Swasta (PPP)

Kerjasama awam-swasta akan dipergiatkan dalam usaha untuk menjadikan sektor swasta sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi negara. Pelaksanaan projek berimpak tinggi oleh sektor swasta akan dijalankan secara kerjasama dengan Kerajaan. Dalam kerjasama ini, peranan Kerajaan adalah untuk membantu menyediakan prasarana asas agar projek-projek swasta ini berdaya maju.



  • Antara projek yang akan dilaksanakan pada tahun 2010 adalah Pembangunan Kompleks Bersepadu Imigresen, Kastam dan Kuarantin di Bukit Kayu Hitam, pembinaan 6 buah kampus UiTM dan pembangunan Pusat MATRADE.

Final mode : 3hb, 4hb, 5hb, 12hb, 15hb... takpela cos next sem ada satu je paper final... GOOD LUCK kepada semua kawan2 di semua IPTA dan IPTS... Berusaha, berdoa dan tawakkal... InsyaAllah ;)

Thursday, October 1, 2009

Pejam Celik, Tinggal 1 Lagi (~_^)

Salam...

Tinggal 1 sem lagi study... 1 sem lagi practical (Academic Writing) Cant wait:

Project based attachment (final year project: foreign universities, research centers & design house):

  • A one semester requirement.
  • Students conduct proposals and preliminary studies for one semester at UiTM.
  • Selected students are based on merits and significance of project.
  • Grading are done based on reports by foreign supervisor and final report on the project.
  • Academic credits are awarded to students and is compulsory.
  • Placement is done on Faculty’s approval.

where?

let it remains secret; my dream and pursuing for it...

Kak Long, where are you. Hit me back! Take Care ;)

Wednesday, September 16, 2009

Surat Untuk Kak Long ;)

Salam...


*kak long - the eldest niece*

Dear Kak Long a.k.a Nurul Syahirah,

T.A.K.E C.A.R.E and behave yourself.. Remember Him, always and always whenever and whatever and whatsoever pun... He will always be with you.

Regards,

Acik Nomie ;)

Saturday, August 22, 2009

SELAMAT BERPUASA ;)

Salam...

Selamat Berpuasa. Semoga Ramadan tahun ini membawa seribu keberkatan dalam menjalani kehidupan duniawi yang semakin mencabar. Banyak-banyakkan amalan dan istiqamah kepadanya, semoga ALLAH sentiasa bersama kita. InsyaAllah.


berpuasa di rumah sewa, berteman dengan kelas pack hingga ke petang, berbuka di dalam kelas, semua menduga sejuta kekuatan. May Allah Always be with us.

notes: off untuk RAMADHAN AL-MUBARAK. jumpe di AIDUL-FITRI ok. kecuali ada perkara penting perlu dicerita. i said "kecuali". hehe

salam..

Tuesday, August 18, 2009

Masih Ada Melayu Yang Sah!

salam..

semakin berkobar-kobar semangat 1Malaysia bila bace comment dada di post yang lepas.
dada... i love ur spirit, u are good in writing, no wonders amik pr. ahaks. okay, damn! memang sangat kecewa akan melayu sendiri. bukan nak berada di takuk lama or else, but since dah ramai yang berkorban apa saje untuk melayu, untuk malaysia, nape kita nak sia2 kan usaha diorg kan? strongly agree tang tu.

tu satu, satu lagi melayu hanya berada di MALAYSIA, Indian ada India, Chienese ada China. MALAYSIA ada Malay. INI NEGARA KITA, TEMPAT TUMPAH DARAH KITA. HUJAN EMAS DI NEGARA ORANG, BAIK LAGI HUJAN BATU DI NEGARA SENDIRI.

memang la cina dan India membantu kita mendapat kemerdekaan since British yang bg syarat "nak merdeka korg multi-ethnic kena bersatu", here we goes, tapi nape mcm dah pudar? masing2 nak tunjuk hebat. yang melayu pun duk pi bangga2, duk ikut telunjuk bangsa lain apesal?

betul dada cakap, "kalu tergadainya maruah melayu,i think bersedialah semua yg terpekik terlolong mahukan itu ini.kita akan jadi 3rd class citizen with no jobs,mungkin cuci jamban org". dada, saya sangat2 bersetuju!

menang sorak kampung tergadai! saya melayu yang masih berkawan dengan chienese malah belajar bahasa mandarin. tapi saya masih melayu, berbaju kurung, menjaga hak2 melayu. sangat sensitif bila Melayu duk pi ikut telunjuk bangsa lain. bukan diorg tak bagus, bagus tapi sampai bila duk kata Melayu lemah, melayu lemau, padahal ko pun org melayu!

fikirla sendiri, baca perlembagaan, jangan nak bace blog yg duk kritik pemimpin2 melayu, duk kutuk sana sini tapi tak faham sejarah. tangkap masuk ISA lagi bagus, bagi sedar diri tu MELAYU.

KAUMkaum tertentu: saya cinta mereka, happy mereka bersama2 hidup dalam negara Malaysia. tapi, jangan la nak demand lebih2, dalam perlembagaan sendiri kan dah cakap hak2 anda dan melayu.

PEACE MALAYSIA. 1MALAYSIA!!!
p/s sangat sensitif menjelang KEMERDEKAAN?
SELAMAT BERPUASA SEMUA!

Sunday, August 9, 2009

Bumiputera Malaysia ada Hak2 Istimewa.. (apa masalah anda wahai bukan Bumiputera?)

Salam...

Tajuk pun dah tahu. tak banyak yang nak cerita...


issue:
Saya perlukan pemimpin2 dan pejuang2 melayu yang sebenar. Yang sayangkan negara Malaysia, negara saya.. yang tahu perlembagaan negara, yang tahu SEJARAH MALAYSIA.Tolongla pertahankan tanah Melayu. Pada kaum bukan Melayu, bersyukurlah anda seadanya. Banyak2 kan membaca dan menghayati sejarah.

please.. peace no war, itu yang pasti!



im using social networking to express my feelings. even ntah politicians mana yang sudi nak baca blog ini. yang pasti, saya bagitau apa saya rasa.

sekian. I Love Malaysia :))
1Malaysia

*peace* adik saya pakai high heel, jgn byk tanya. hehe
di belakang: stadium runtuh..


Monday, July 13, 2009

Basketball Team...

Salam...


first class En. Suhaimiee, lectures for Media Law, Regulation and Ethic:

"act, i kena conduct SAF (Sukan Antara Fakulti) untuk Bola Keranjang, sape2 yang turun padang join FKPM, i bagi 5 markah buta2, menang tak menang lain cite. hehe"

and... nomie, u should try!

huh? haha! dalam hati ketawa terbahak2.

Encik Aime, alang2 nama kita dekat2 nak sama, kauntem2 jela.. haha :D




*8-panel basketball farred bagi tak jejas lagi, asal x try aje, kan? kan?*


maen jela, bantai je rebounding, bouncing, foul, shooting, blocking, ape lagi farred? hee.
janji dapat tambah qualification which is sijil, wakil fakulti basketball, walauupooonnnn... saya "panjang" dan ketinggian hanya setengah drpd tiang high hoop tersebut. haha. for sure, i will be the shortest player n terpilih as guard positions sahaja, yang penting 5 marks tu! bukan senang2 nak dapat free guys! haha




yes, i miss them sangat banyak!








sekian.

Friday, July 10, 2009

Happy Birthday! July Blast (~_^)

Salam...

July, paling ramai family members were born in July, anak-anak, sis and bro:

Kak Ngah - 1st July
Yaya - 3rd July

Nurin - 9th July

Sis Nuur - 10th July

Bro Aman - 16 July

Bro Adi - 25th July





HAPPY BIRTHDAY!!! My wishes
"May All Your Dreams Come True"
and may Allah Always be with us!



Friday, July 3, 2009

BIASISWA

Salam...

kawan-kawan yang nak apply Biasiswa Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)
sila ke link ini- http://www.jpa.gov.my/2009/06/1140/

tawaran bermula 27 Jun - 10 Julai 2009

cepat jangan terlepas. hehe

sekian.

Monday, June 29, 2009

Ape Yang Paling Jauh Dengan Kita?

Salam...

Cuti sem kali ni banyak duk rumah je. Selain ke Kuantan berkali-kali, ke Sg. Buloh, Kedah dan di mana-mana lagi. Best gak duk rileks, houseshores belambak mak oi. Hari Sabtu mau kembali start sem baru. Excited plus lemau. hehee..

Title post ada kaitan dengan gamba di bawah:
Apa yang paling jauh dengan kita?

-matahari? bulan? bintang? sume betul.

tapi yang jawapan yang paling tepat adalah masa lalu. Pic ni mase umur beberapa bulan saje. ops, memang saya tembam terlebih feeding. haha! rambutnya yang sedang disikat adalah nur, skg sudah 24tahun.

dari kecik sampai besar, saya sering disayangi, diberi perhatian, hingga umur 22tahun pun masih perlukan family untuk bermanja, sampai bila-bila pun. Sekarang study, asal esok test/final exam, mesti kene call mumy dady, bagi tenang hati selain solat. InsyaALLAH, saya akan jadi anak yang baik di dunia dan akhirat. amin.



Friday, June 12, 2009

Alhamdulillah... Allah Maha Adil ;)

Salam...


Selamat konvo dengan jayanya.. sempat ambik gambar studio, tapi x sempat nak bergambar sakan dengan kawan2 cos masing dah busy cari parents masing2 bile dag terlepas dari DSB yg agak bosan. heee..

TAHNIAH KAWAN-KAWAN dan LECTURERS. saya dah ada diploma.. :)


now, pursuing degree.. di harap semua berjalan lancar. result permulaan yang baik, Alhamdulillah, usaha keras berbayar. mintak dipermudahkan segala urusan..InsyaALLAH.. THANK YOU ALLAH




Monday, June 1, 2009

After 3 years Pursuing Diploma...

Salam...

Esok convocation, kami sidang ke-10, sidang petang.
congrats to all students Diploma in Communication & Media Studies!
dan juga kawan2 course dan di cawangan yang lain...

nanti ada cerita panjang, akan disampaikan, insyaALLAH...




to be continue...

Wednesday, May 20, 2009

Cikgu Tuition... (+_+)

Salam...

Cuti jadi cikgu tuition.. Baru aku tahu sangat menguji kesabaran, serius sangat menguji kesabaran bila mengajar budak x matang. haiya lina oi, balik la, udah penat replace ur class... i have decided nak jadi pendidik, yes! but, since aku dah kutip sedikit sebanyak pengalaman jadi cikgu tuition about 7 days, aku tolak nak jadi cikgu sekolah rendah. haih! belaja masscomm jadi cikgu? haha, funny!

kate ibu bapa "next year apply master, study 2 tahun then jadi lecturer, skg umur 22 tahun, next year 23. just plus 2 yrs then 25 u will get master..."
yeay, hebatnye! nak nak!
;))

berkira2 jugak, takot tetibe rase x sabar nak beli kereta duit sendiri, mintak Allah kuatkan iman, teguhkan hati yang my intentions nak ada master..


takut tunggu result dis sem...

Thursday, April 30, 2009

3 semester lagi?

Salam...

mood: rindu kat kampung ;(
music: sound effect keliwon TV3

*the youngest nephew. haziem. dia sedang jeles pada kakak (nurin) yang sedang bersantai di atas kete,
"mama, let me go out please..."*



I'm back... almost 1 month tak post something. a little bit rindu. ahaks!
baru abes exam pukul 5.20 p.m. tadi then terus ajak Ifa n Wawa gi layan ABC kat seksyen 2.. wuhooo, sangat bersyukur dapat menamatkan satu sem di degree.. so many obstacles. sabar ye sayang, 3 sems more to go...

oh, ye.. 1hb June 2009 saya akan konvo untuk diploma. mummy sama daddy mau datang enggak? taula diploma je. tapi takpela tamau dtg pun, x kesah. hoho. since, i was so upset about the stars that will be at my name list. lagi 0.01 nak dapat 2 bintang.. kalau mummy daddy ada bangga gak nuur ailmi nak tayang kat mummy daddy.. urmm, takpe2, degree ni nuur ailmi cube skor lebih lagi even rase sangatlah tough... yang penting i have to be better than before. thanks mummy and daddy, family and friends as well (for the blesses and prays)


tak boleh balik lagi, kena tolong nur (sis) buat poster.. haiya! upah? hehe

Thursday, April 9, 2009

...

Salam...


"Off for Final Examination"




All the best to all my friends. Good Luck and do the best!

Sunday, March 29, 2009

Padam tak?

Salam...
so, padam x?
saya padam... nyalakan lilin aromaterapi lagi... haha!

Terima Kasih kerana support bumi kita...

*applausing*

;)

sekian.

Friday, March 27, 2009

KEBERKATAN SURAH AL-IKHLAS

Salam...

Lama x post ubat-ubatan jiwa... Terfikir pasal surah yang kerap dibaca dalam solat, tadi pun baca surah ni masa solat. huhu.

Browse, surf dan pusing2 dalam google and mail... terjumpa kelebihan Surah Al-Ikhlas. Diharap x terlepas membaca sedikit input untuk dikongsi ni k.. ;)


Bismillahirahmanirrahim...


Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan...



Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali).. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.



Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby.



Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.



Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.


Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a..s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.



*Nota*
Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Thursday, March 26, 2009

Muka Pecah Rumah vs Muka Bersih

Salam...


Lately rasa macam dihempuk2 dgn persoalan "serius muke dia bersih, baik, suci mcm malaikat tapi perangai syaitan"... sorry to say la kalau menggunakan ayat yang tidak sepatutnya.. baik muke ko pecah rumah la, org x kesah ko nak buat pape, ni muka mcm baik, tak buat mende jahat2, x tinggal semayang, padahal minum, "berfoya main pempuan".. haiya! ape nak jadi manusia...



Saya lebih gemar muka yang pecah rumah, tapi hormat wanita, tahu jaga attitude, berbudi-bahasa, pandai atur rules dan prinsip utk diri sendiri.. "dia" tak hensem, saya mengaku.. bukan nak kate dia baik ke ape, lagipun x kuasa nati dia perasan.. ;) haha! tapi memang la, tak tau nape kat degree ni dah nampak taring/tanduk masing2... yang pempuan lak, sangat sopan dengan kata2, bertegur sapa pun lembut j, padahal dah “dimain” berkali2… lagi sekali memang saya menggunakan words yang melampau.. tapi it is the best way to express rasa mula tidak hormat dan unexpected towards them.. weh, tak fair tau, Allah dah bagi anda muka2 hen piaoliang, yingjun he ke’ai (sangat cantik, kacak, comel) tapi anda tidak menggunakannya dengan baik. Tak adil anda denganNya. Nanti Allah tuntut baru korg tau! >:#



Yang muke pecah rumah tu memang la ramai yang berperangai tak elok, tapi bayangkan jika sesetengah mereka yang muka tersebut tapi berperangai malaikat, mulia bukan? A world’s wonder la tu… yela, mereka da tau bukan mereka tak ensem, “jambu” n etc, mereka berperangai seadanya mereka la... kan bagus begitu…


Tentang diri sendiri, saya tahu muka saya x cantik tak sempurna. Yes, mase remaja sedikit berperangai tak semenggah, maybe hormon tgh naik, but masih dpt controlled. Tapi tak busuk perlakuan tau. Mereka yang tidak liar n “mengikut cakap mak” a.k.a obedient (patuh) tapi kutuk kawan2, back stabber, selalu cari gaduh, ramai musuh, bila di compare dengan mereka yang liar tapi tak usik emosi dan fizikal environment dan kawan2lagi ok rasenye, kan?



* * *

Tapi, muka pecah rumah, muka naïve, obedient & naughty, mana menjadi pilihan?

Dunia makin hari makin terbalik, berputar pada paksi tapi tidak seperti roda.

Mintak kita sentiasa dilindungi oleh Sang Pencipta.

Wednesday, March 18, 2009

LAGI TENTANG DIA...

Salam...

terjumpe di sini...
boleh buat wallpaper kat desktop...
lagipun Maya Karin cantik, Yasmin Ahmad talented... :)

*klik pada gambar untuk gambar besar amat*

jangan lupe padam lampu,k!

Saturday, March 14, 2009

IN love WITH MY BEST FRIEND

Salam...

lirik yang sangat saya suka...serius tak tipu... hehe~

Lucky by Jason Mraz ft Colbie Caillat


"I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again"


lagu ni sangat cool dan meaningful! ;D
layann je...
kalo sesiapa dah bosan dengar tak payah play okey... huhu






dan,

turut disertakan lirik kerana i love this song so much:

>>

Do you hear me,
I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I'm trying
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair
Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh



F.R.I.E.N.D.S.H.I.P = L.O.V.E
is in our hand every time, grab it before we lose it!

Friday, March 13, 2009

EARTH HOUR: VOTE THE EARTH

Salam...

come on... join this campaign...

On March 28 you can VOTE EARTH by switching off your lights for one hour!

8.30.p.m. -9.30.p.m.

JUST ONE HOUR...


Or you can vote global warming by leaving your lights on.

The results of the election are being presented at the Global Climate Change Conference in Copenhagen 2009. We want one billion votes for Earth, to tell world leaders that we have to take action against global warming.





tak salah mencuba... satu jam je kot... :)
for details log in EARTH HOUR

Thursday, March 12, 2009

Alhamdulillah Semua Berjaya Dengan Cemerlang! I AM PROUD OF YOU!

warning: post kali ini bukan nak mengheboh cuma mahu berkongsi rasa ;)

Salam...

Hari ni result SPM keluar... Anak saudara dan adik mengambil SPM sesi tersebut.
Tahniah sekali lagi buat:
  1. Nurul Syahirah Zulhaimi
  2. Siti Nur Bahirah Ahmad

Mereka berjaya dengan cemerlang. Yang my adik memang unexpected even tak skor straight macam kak long (anak saudara).

Kak long sedang belajar di Intec uitm sekarang, 8months foundation in medic dan InshaALLAH akan fly after raya ke Rusia, *sorry la kak long takde pic terbaru yang bertudung.. hehe*

Sementara adik (IRA) yg hanya sekolah kebangsaan dulu, sedang keje kat Mesra Mall, if you guys nk tengok my adik keje, dia keje kedai tepon cikgu sofian... muke beliau sagat fotostat akan muka saya.. cuma dia cerah saya gelap. dia nak jadi nurse, x mcm saya yang amek course nak jadi media practitioner tapi actual goal nak jadi pendidik, pening2... hehe

*dis pic taken by Jihan kat dewan sekolah during ceramah ibubapa n i represent my mum.. hoho*

Saya sangat berbangga akan mereka dan sentiasa mendoakan kejayaan mereka untuk dunia dan akhirat terutamanya... Betul tak saya kata kat kamu berdua,
"WORK HARD WILL PAY-OFF"
kan ALLAH Maha Adil...

(",)))))))))))))>>

Tuesday, March 10, 2009

Masa Sangat Mencemburui Saya (+_+)

Salam...

quick updating!

  • Sangat sibuk dikejar dateline of submission
  • Rehat yang cukup amat diperlukan
  • Request Syana x terbuat lagi.. ampun syane...
  • Just let u guys know saya tidak mempunyai byk masa!
  • saya sangat HAPPY (grinning smile)
Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

Friday, February 27, 2009

100 TRUTHS OF MINE ;)

Salam...

saje nak releasing my eyes selepas berbalam dengan researches stuff since evening...
layan la tag dari syana...


001. Name: Siti Nuur Ailmi Ahmad (SNAA)
002. Nickname(s): Ailmi (lecturer yang formal), Nomie (friends n fore+families+lecturer yg informal), Acik Nomie (kids and babies)
004. Zodiac sign: Leo
005. Male or female: Female
006. Elementary: Tadika Kemas Kerteh
007. Middle School: Sek Keb Kerteh
008. High School: SMK Kerteh
009. College School: UiTM, Shah Alam
010. Hair color: Black
011. Long or short: tamau gitau.. hoho
012. Loud or Quiet: mostly quiet... diam lagi bermakna bukan? hee
013. Sweats or Jeans: Jeans of course!
014. Phone or Camera: Phone... tapi nak dua2 bole?
015. Health freak: Takla sangat.. tapi ada daily routine for the CHAPTER 2healthiness
016. Drink or Smoke: nope and will be not!
017. Do you have a crush on someone: Yes... Siapa ye?
018. Eat or Drink: Eating and eat and ate! :)
019. Piercings: Yes tapi bila msk sek menengah x mau pakai subang... berat telinga.. gaga
020. Tattoos: No

FIRSTS:
023. First piercing: tak ingat... kindergarten moment i guess! eheh
024. First best friend: Nur Zunairah (she's married, my neighbour, my classmate, my bathroom mate, my speaking pillow mate and whatever mate except maid.. haha)
025. First award: tadika la kot... colouring contest.. as others la...
026. First crush: x ingat cos so hard to being crush.. (~_^)
027. First pet: Kitten called Miko
028. First big vacation: cannot recalled
030. First big birthday: Darjah 6... tu pun sekali untuk farewell party.. oho

CURRENTLY:
049. Eating: Peanut Butter Sandwich Biscuit (posted by my mum, takot anak dia lapo.. ngeh3)
050. Drinking: Air Kosong ber'gallon'2 yg di ambil oleh sis dari umah hekal...
052. I'm about to: finishing my research proposal... studying management and OJ
053. Listening to: SURGAMU - Ungu
054. Plans for today: burn the midnight oil to finish my taskS
055. Waiting for: time is running out!~

YOUR FUTURE:
058. Want kids: 6 (3boys 3 girls) ramai itu indah! hehe (muatla untuk 1 MPV or 4wd) hehe
059. Want to get married: 2yrs as i finish my master.. ngee (master-25yrs old, marry-27yrs old) oke?
060. Careers in mind: Lecturer

WHICH IS BETTER IN THE BOY/GIRL YOU LIKE?
068. Lips or eyes: Eyes
070. Shorter or taller: Taller... 20cm taller than me... (so specific)
072. Romantic or spontaneous: kedua2 nya ok... tapi romantic x sangat cos saya sudeh romantic! haha! spontaneous is better for me~
073. Nice stomach or nice arms: BOTH! tamau yg gemuk2.. haha
074. Sensitive or loud: sensitive
075. Hook-up or relationship: ntah... xmau pk, next!
076. Trouble maker or hesitant: hesitant lagi ok...

HAVE YOU EVER:
080. Lost glasses/contacts: ever lost my CLens.. heheh
081. Ran away from home: Tak sama sekali, next!
082. Held a gun/knife for self defense: unexpected action.. so x bole di agak..
083. Killed somebody: NO!
084. Broken someone's heart: entahla... hopefully tak
085. Been arrested: aish, taklah~
087. Cried when someone died: unconscious reflection... air mata xleh nak ditahan.. ngeh2

DO YOU BELIEVE IN:
089. Yourself: Yes, sangat!
090. Miracles: believed it too much ;)
091. Love at first sight: not really
092. Heaven: a must!
093. Santa Claus: not, mcm x logik jep org tua tu ada rusa terbang.. heheh
094. Tooth Fairy: x sangat... since kids ada la sikit2
095. Kiss on the first date: ask my bf la... (inshaALLAH) hee

ANSWER TRUTHFULLY:
097. Is there one person you want to be with right now: Yes, with my mum to picit her betis! missing her damn mush
098. Are you seriously happy with where you are in life: happy je. tapi penat sikit. adatla tu
099. Do you believe in God: A MUST! next..
100. Post as 100 truths and tag 20 people: eh, dah sampai seratus ke? mcm sikit jep. hehe

nak tag sape ye?

sape2 jela kat friends and family listed on my left site of blog!

nak sambung buat proposal Pak Lah...


Wednesday, February 25, 2009

BOLEHKAH BERITA DALAM TALIAN DIPERCAYAI?

______________________________________________________

Ledakan teknologi komunikasi digital memberi impak yang besar dalam media penyampaian, penyebaran dan medium sumber-sumber maklumat. Kemajuan dalam teknologi ini menyumbang kepada pengembangan dalam penyampaian berita dengan lebih dinamis dan ini merupakan budaya baru yang telah mendorong kepada kebangkitan alternatif baru, memperoleh berita di hujung jari melalui Internet. Kegiatan ini dikenali sebagai berita dalam talian atau lebih dikenali sebagai “online journalism”. Berita dalam talian bukan lagi satu fenomena baru bagi mereka yang mengekori isu semasa dan kerap melayari Internet. Malah berita dalam talian juga banyak memberi mereka kelebihan dalam memilih seleksi variasi berita seluruh dunia.


Internet ini memainkan peranan penting dalam beraksi sebagai medium untuk berita dalam talian. Sejak berkembangnya teknologi Internet, pelbagai kegiatan dan maklumat dapat dipermudahkan ekoran dinamiknya yang tanpa sempadan. Kini, munculnya kekangan dan cabaran dalam menyampaikan berita dalam talian kerana lahir pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah dan menokok tambah berita yang benar. Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Gejala fitnah, menokok tambah, memanipulasi maklumat dan mereka-reka cerita semakin menular di dalam talian (on-line). Justeru itu, kebenaran dan kepercayaan berita dalam talian mula dipertikaikan. Kejadian ini seolah-olah sukar dibendung ekoran kebebasan dalam berkarya dan menulis melalui Internet.


Memandangkan Internet merupakan sumber utama dan rujukan dari pelbagai pihak bermula pelajar hinggalah pendidik, adalah amat penting bagi memastikan kebolehpercayaan berita dalam talian ini dipertahankan. Di Malaysia, kajian terhadap kebolehpercayaan sumber maklumat dan berita melalui talian sering dilakukan contohnya, Syed Arabi (2002) telah mengkaji kebolehpercayaan sumber maklumat sejak 1990 sehingga 2002. Seperti juga Mohd. Khairie (2001), Mohd. Taib (2001) dan Saidathul (2001) menurut Mohd Baharudin Othman (2005). Ini jelas menunjukkan masyarakat Malaysia juga amat menitikberatkan persoalan kebenaran dan kebolehpercayaan maklumat yang mereka layari di Internet. Bukan sahaja pengkaji-pengkaji di Malaysia, institusi-institusi antarabangsa turut terdorong untuk menjalankan kajian tentang kebolehpercayaan atau kredibiliti berita melalui talian ini.


Menurut Mohd Baharudin (2005) yang telah merujuk dari jurnal Walden, 2001, World Press Freedom Commitee dan institusi-institusi domestik ada mengeluarkan laporan bahawa media di Malaysia bersifat berat sebelah, tidak telus dan dikongkong. Laporan sebegini secara ketaranya telah memberi implikasi kepada institusi media massa di Malaysia. Mereka menyifatkan bahawa kajian-kajian yang dilakukan di Malaysia merupakan kajian yang kurang tepat keran kajian akan kebolehpercayaan ini harus disertakan dengan kajian menyeluruh akan mesej atau berita yang disampaikan bukan sahaja aspek demografi, faktor sumber dan saluran sahaja.


Berbanding dengan media massa yang lain iaitu media cetak dan elekronik seperti televisyen dan radio, Internet tidak mempunyai proses seperti editorial dan gatekeeping yang menuras maklumat dan berita yang ingin disebarkan. Permasalahan inilah yang merupakan titik tolak bagaimana kegiatan-kegiatan yang mendorong kepada pecah kepercayaan kepada sumber maklumat di talian. Usaha untuk mempertahankan kebolehpercayaan berita di talian telah dilakukan. Seperti menangguk di air keruh, usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak terlibat seolah-olak tidak berhasil kerana sifat kebebasan teknologi Internet itu sendiri.


Pokok utamanya, bolehkah berita dalam talian dipercayai?


Pengguna talian atau on-line itu sendiri harus bijak menilai kebolehpercayaan sesuatu kandungan maklumat itu mengikut perspektif yang berbeza dengan memperlihat dan menilai sendiri kondisi laman web itu ( Fogg, Leslie, Julianne & Ellen, 2002) seperti dirujuk oleh Mohd Baharudin (2005). Manakala tahap kebolehpercayaan kandungan berita akhbar dinilai berdasarkan kepercayaan pembaca akhbar terhadap wartawan dan syarikat akhbar tersebut (Folker & Stephen, 2001).


Menurut Seaton (1999), masyarakat membuat penilaian terhadap kebolehpercayaan berita menerusi dua elemen utama iaitu fakta atau konteks berita dan berita yang bersifat neutral yakni tidak berat sebelah atau bias. Peranan wartawan adalah memastikan bahawa mereka bersifat lebih jujur dan berfikiran jauh dalam menulis berita dalam talian agar kebolehpercayaan berita dalam talian dapat dipertahankan. Selain itu, mengamal media juga seharusnya menerangkan polisi dan perundangan untuk meningkatkan tahap kebolehpercayaan masyarakat terhadap media. (Mcfarlin, 1998/99.


Menurut Syed Ahmad Idid, 2001, kebolehpercayaan terhadap media dicapai apabila media bersedia untuk melaporkan berita secara objektif, seimbang dan berdasarkan kebenaran. Manakala, menurut kajian yang dijalankan oleh Online News Association’s Digital Journalism Creadibility Project (2002), pengguna online lebih menitikberatkan ketepatan berita berbanding masa penerimaan berita (timeliness). 82.5 peratus menyatakan berita televisyen adalah sumber yang paling tinggi tahap kebolehpercayaannya diikuti dengan akhbar tempatan. Kajian ini turut mengkaji kredibiliti radio dan majalah. Selain itu faktor demografi juga tidak terkecuali dalam mempengaruhi penggunaan berita online (Syed Arabi & Saodah ok, 2002; Rasha, Garrison, Salwen, Driscoll dan Casy, 2002).


Kelebihan utama berita dalam talian yang cepat dan melangkaui jangkaan masa berbanding berita tradisional, iaitu tiada ”shifting time” telah memperihatkan medium ini sebagai satu cabaran apabila wartawan berlumba-lumba membudayakan siapa cepat melapor mereka terhebat. Namun, mereka alpa akan kebebasan masa yang diberi dalam melapor dengan menyiarkan berita yang tidak jelas dan samar. Maka, pembaca wajar menilai dengan teliti akan berita yang diterima dan harus membaca saluran yang lebih dengan harapan dapat membezakan berita yang majoritinya mempunyai persamaan. Dengan itu, masalh kebolehpercayaan dapat diatasi dengan kerjasama pihak pemberi maklumat dan penerima maklumat itu sendiri.


______________________________________________________



Sunday, February 22, 2009

Angka Berginjak?

Salam...

Selamat Hari Lahir kepada:

ABDUL HALIM AHMAD

*"he" and his preety wife yg mcm Irma*
haha!


oh, lagi sorg bertambah umurnya... he's my 1st brother and the 3rd sibling...
wish you:
  • sentiasa dalam lindungan dan keberkatan Allah s.w.t
  • sentiasa dekat padaNya
  • diberi ketenangan jiwa
  • sentiasa 'cool' as usual
  • cepat2 timang baby.. hehe (senyum kat kak aju)
  • dipanjangkan umur untuk menjadi khalifah yg baik untukNya
  • dimurahkan rezeki
  • sentiasa ingat kat kami selalu
  • AMIN...


Birthday Blessings

Instead of counting candles,
Or tallying the years,
Contemplate your blessings,
As your birthday nears.
Consider special people
Who love you, and who care,
And others who’ve enriched your life
Just by being there.
Think about the memories
Passing years can never mar,
Experiences great and small
That have made you who you are.
Another year is a happy gift,
So cut your cake, and say,
"Instead of counting birthdays,
I count blessings every day!"

p/s: jangan lupa bagi hadiah sama saya ok? hehee (^_~)

Saturday, February 21, 2009

Saya Rindu Kampung... bole?

Salam...

Rindu pada kampung, pada family, pada weekend...
Modul-modul LDK, CERAMAH etc yg uitm buat 3minggu berturut2 membuatkan saya sedikit memberontak...

yes, it create many benefits as well as +ve effects...
tapi, saya perlu masa, mase nak rest, nak study, nak wat assignment berbakul2, dan saya nak cadangkan uitm buat modul2 tu sume before mid-term untuk sem akan datang cos mid-term, lecturer dah start bg assingment da bomb-bomb, test dan quiz beratur bersusun-susun...

papepun, saya lega cos tinggal minggu depan je lagi modul... hopefully sangat next sem tak ade lagi modul-modul..
*saya rindu sara*


*ini juga sara*


juga anak-anak saya yang lain...

gambar anak-anak saya juga boleh dilihat di sini

sekian



"The love of a family is life's greatest blessing"




Friday, February 20, 2009

Angka Bertambah?

Salam...



Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan chadadada...
Allah selamatkan kamu...

Selamat Hari Lahir ke-25...
Semoga sentiasa diberkati Allah dan diberi kesihatan yang baik2,
berjaya dunia dan akhirat...
AMIN...

I have a hand, and you have another: put them together and we have each other

Sunday, February 8, 2009

I Dont Want to Miss A Thing...

Salam...

Saya been tagged oleh PPA... haha..

RULES:
1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 10 friends
5. Everyone tagged has to do the same thing.
6. Have Fun!


IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
Pada Suatu Cinta - Glenn Fredly (haha, mcm org ~weng weng~ je jwb camtu)

HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
Touch of My Hand - Britney Spears (oh, means i have tangan terbuka, come {{hug}} hehe)

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Terlanjur Cinta - Rossa ft. Pasha (oo.. cinta yang terlebih cinta, memang complicated tapi bahgia kot, uh?)

HOW DO YOU FEEL TODAY?
Suara Sepi, Lagu Untuk Gaza - Siti Nurhaliza (a ah, ada kaitan... STOP WAR IN GAZA!!)

WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
Tercipta Untukmu - Ungu ft. Rossa (saya dicipta memang untukMU)

WHAT'S YOUR MOTTO?
Nothing In My Way - keanne (apakah itu, hello i got motto k! hehe)

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Last Request - Paolo Nutini (entah pape, tapi interrelated la kot. haha)

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Kekasih Gelapku - Ungu (ha, yang ni dan2 je terkena, memang kene cepuk kat parents. haha)

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Keep Bleeding - Leona Lewis (eh, taklah)

WHAT IS 2 + 2?
America - Razorlight (meaningless tapi America support Israeli, boycott!!)

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
I Don't Feel Like Dancing - Scissor Sisters (memang tak penah dancing pun ngan diorg.. hehe)

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Bagaikan Langit - Melly Goeslow (a ah, betul lah.. cane leh terkena ni. haha!)

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Apa Kata Dunia - Melly ft. Dadi (means, apa saja dunia tentukan wanna be like that la.. yg baik2 sajork)

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Denting - Melly Goeslow (dup, dap, dup, dip, dep.. haha)

WHAT WILL/DID YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Menjaga Hati - Yovie n Nuno (oo.. tidak,, lagu ni x kene la)

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
It's Not Over - Chris Daughtry (bacekan Yaasin sudah)

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
Rehab - Amy Winehouse (hmphh.. apakah itu?)

WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
Promiscuous Girl - Nelly Furtado ft. Timbaland (haha. . . terkena lagi)

WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
Kerana Aku Pacarmu - Mulan Jameela (secret cos saya pacarmu, bukan? haha)

WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
Under Pressure - Queen ft. David Bowie (bravoo.... yes i need that.. haha)

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
Sweet Child O Mine - Cheryl Crow (hehe... mcm zmn budak2 kwn2 aku ropenye? haha)

WHAT WILL YOU POST THIS AS?
I Dont Want to Miss A Thing - Aerosmith (CANTIK!!!)
haha....


*saya memang ikut betul2 susunan lagu tersebut.. haha*

nak tag 3 org je... SYANA, FATIN NABILA and NUUR...

selamat ber-tagged! ("_")

New Look is Better or Not?

Salam...


Tidak seputih bersih seperti sebelum...
Tidak se-dull dulu...
Mungkin ini lebih baik...

bagaimana kata kamu?


ye, saya tukar background~

Saturday, February 7, 2009

Keep an eye...

Salam...

Keep an eye on the goods bar code: Israel's country prefix is 729.











729

MADE IN ISRAEL


________________________________________________________________


Latest?

"
"






amacam cantik? hehe

Friday, February 6, 2009

Budak Lelaki Berspek tadi pun BAIK... walaupun kucing itu tak tahu cane skg... :((

Salam...


*anda akan faham foto di atas selepas membaca karangan di bawah*


Petang tadi after meeting dinner and family day di BK10 fakulti, balik umah jalan kaki... ye, saje sementara ngah rajin... biasa balik with sis or took a bus saje. perjalanan yang mengamik mase 30 minit gak, sorg2, jalan becak pas hujan, owh saya tidak berpeluh pulak, hairan ye! hehe..

sampai di depan blok 34 terdengar bunyi anak kucing dtg dr dlm longkang besar, kebetulan sorg bdk laki yg drees up mcm student, spek mcm ala2 nerd tapi good looking la intai dlm longkang... yang turut mdorongku intai jgk dlm logkang, kesiannn sgt anak kucing tu... laki td pandang aku, aku pandang dia, dia blah je... tinggal la aku tkulat2 depan longkang yg besar lg dlm dengan hati yg gulana bersimpang siur dengan puing2 simpati.. (sastera abes)

then, bdk laki td pusing balik (ye, aku perasan cos aku sorot je badan dia yg agak tough tu melepasi longkang tu dengan muke bsalah dan kesian) TAPI, *jeng jeng jeng, dia tgk kondisi longkang yg besar bagak dan dalam then dia memusingkan badannya lantas menghayun kakinya meneruskan pjalanan...

yes, aku tak dapat comment mende ni cos maybe dia nak cepat then aku jugak maybe akan ber-attitude seperti itu jika tdesak.

tetibe lalu sorg bdk pempuan mcm sebaya aku, bermuka manis berpayung pink, turut intai dlm longkang dengan muka yg penuh kesian sambil mulut tkumat-kamit ckp kesiannnnye...

aku : awak, cane nk selamatkan dia?

gurl : urmm... taktahu, tapi cube guna payung ni...

aku : tapi bahye wak, taksampai. longkang ni dalam dan besar... tapi try dulu.. awak pgang tgn saya...

gurl : ok!

tapi kami x boleh..
dengan kuasa Allah.... (aku tak reka cerita ni, sumpah!)


tetibe sorg bdk India terjun lam longkang yang sama nak amik bola...

aku : you, boleh tolong selamatkan anak kucing ni tak?

boy : tapi saya takut kucing, tapi boleh la cuba...

*agak 20 minit gak dia mencuba cos anak kucing tu takut... lari ke hujung longkang dan finally masuk dlm terowong* aku dan gurl tadi mengeluh berat...

kemudian kami jln seiring, aku bagi payung dia yg dah bengkok separuh, aku mtk maaf cos dah bengkok, dia ckp takpela awak, at least kita cuba... kami borak-borak kosong, rupanya dia amik mekanikal enggrg, duduk perumahan depan rumah aku.. aish, kebetulan... her name DINA, then dia btanya akan namaku then i told NOMI then she called me MURNI...haha! very nice name~


apa yang aku dpt pada hari ni, JUMAAT, dalam Islam dah masuk Sabtu la kirenye...
aku dapat kutip banyak mende dlm pjalanan pulang berjalan kaki yg aku sendiri x expect nak pulang berjalan kaki tadi ialah...

1) Aku dapat bayangkan kucing itu aku dan itu yg mdorong aku mencuba untuk menyelamatkan ia dan aku rasa bangga akan diri sendiri kerana aku berjaya menjiwai watak tsebut (hopefully sape yg bace faham) :D

2) Aku tak berpeluh pun hari ni bjalan kaki dan aku dpt makin dpt buktikan bahawa ALLAH mengiringi mereka yg sentiasa melakukan kebaikan.

3) Aku dapat kawan baru, Dina... hehee~

4) Aku dapat rm100 dari ayah cos sampai di rumah nak cross jalan ayah called and said dia masuk duit.. heheh~ thanks! Alhamdulillah rezeki...

5) Aku bersyukur kerana tdk melakukan perkara seperti lelaki berspek tadi (meninggalkan kucing tsebut yg pada mulanya cuba utk selamatkan) , kalau tidak mlm ni mesti aku tak lena tido.. tapi aku tahu dia pun baik...


betul, aku berusaha tapi masih lagi rase kesal kerana kekurangan upaya nak terjun longkang dalam tuh dan selamatkan sendiri anak kucing itu... haih!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...