Sunday, October 25, 2009

Salam...

Selepas melayari laman web MASSA





Kandungan bajet 2010 yang banyak membantu golongan pelajar IPTA dan IPTS




Menjaga kebajikan pelajar

Sebagai galakan, Kerajaan berhasrat memberi ganjaran kepada pelajar cemerlang dalam pendidikan. Untuk ini, Kerajaan akan :



  • menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik atau creme de la creme berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia;

  • menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010


Kerajaan prihatin terhadap kebajikan golongan pelajar terutamanya mereka yang datang daripada kalangan keluarga berpendapatan rendah.



  • untuk itu kita akan memberi diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar. Kad diskaun pelajar 1Malaysia percuma boleh diperoleh dari KTMB. Diskaun tambang ini bermula 1 Januari 2010; dan

  • menawarkan pakej netbook, termasuk perkhidmatan broadband percuma, kepada pelajar universiti dengan bayaran 50 ringgit sebulan untuk tempoh dua tahun. Pakej ini adalah jauh lebih murah daripada harga semasa di pasaran dengan prioroti diberikan kepada pelajar tahun pertama dan dari keluarga berpendapatan rendah. Sebagai permulaan, pakej ini akan ditawar oleh Telekom Malaysia kepada 100 ribu pelajar di semua universiti tempatan bermula 1 Januari 2010.

Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi Awam

Dalam usaha Kerajaan memperkasakan IPTA supaya lebih berdaya saing dan dapat meningkatkan ranking mereka berbanding universiti lain di dunia;



  • maka Kerajaan akan menimbangkan untuk memberi lebih autonomi dalam pengurusan kewangan, sumber manusia, pentadbiran, kemasukan pelajar dan penjanaan pendapatan. Dengan autonomi yang bertambah ini, IPTA, misalnya akan dibenarkan untuk menjana hasil pendapatan melalui penubuhan anak syarikat.

  • bagi mencapai objektif ini, Kerajaan sedia mempertimbangkan kelonggaran peraturan dan syarat yang menyekat IPTA menjana pendapatannya sendiri. Langkah ini akan mengurangkan kebergantungan kewangan IPTA kepada Kerajaan. Walau bagaimanapun, Kerajaan akan memastikan bahawa usaha menjana pendapatan sendiri tidak akan menjejaskan fungsi teras IPTA sebagai gedung ilmu untuk melahirkan modal insan yang berkualiti demi pembangunan ekonomi negara.

Meningkatkan Inisiatif Projek Perkongsian Awam-Swasta (PPP)

Kerjasama awam-swasta akan dipergiatkan dalam usaha untuk menjadikan sektor swasta sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi negara. Pelaksanaan projek berimpak tinggi oleh sektor swasta akan dijalankan secara kerjasama dengan Kerajaan. Dalam kerjasama ini, peranan Kerajaan adalah untuk membantu menyediakan prasarana asas agar projek-projek swasta ini berdaya maju.



  • Antara projek yang akan dilaksanakan pada tahun 2010 adalah Pembangunan Kompleks Bersepadu Imigresen, Kastam dan Kuarantin di Bukit Kayu Hitam, pembinaan 6 buah kampus UiTM dan pembangunan Pusat MATRADE.

Final mode : 3hb, 4hb, 5hb, 12hb, 15hb... takpela cos next sem ada satu je paper final... GOOD LUCK kepada semua kawan2 di semua IPTA dan IPTS... Berusaha, berdoa dan tawakkal... InsyaAllah ;)

2 comments:

Fatin Baharum said...

nomie, good luck!
bajet 2010 kali ni mmg best utk student. :)

Nuur Ailmi said...

u too good luck ok.. tu la.. ada rezeki boleh convert ptptn jd scholarship.. hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...