Wednesday, December 17, 2008

HALAL SETELAH HARAM

Cuti sekolah, cuti penggal, cuti semester memang glemer amat dengan majlis kawen, even hujan dan cuaca x menentu, semua mengambil peluang nak melangsungkan event dengan niat, semua kwn2 n families dpt joint kerana masa yg byk free.. termasuk my bro n kak timi..
Yang haram menjadi halal dengan ikatan perkahwinan.



CONGRATULATIONS and May GOD Blees you guys!
Sekitar perkahwinan abang saya dan kak mie...
29hb di Chendering.. 6hb di Kerteh..



Menceritakan tentang halal dan haram ini, 2 minggu lepas ada terbaca kisah di zaman Rasulullah SAW melalui buku 87 Kisah-Kisah Teladan terbitan Syeikh Publisher kepunyaan anak saudara, Nurin Afrina, 5thn. Semoga dapat dikongsi bersama.

۩ ۩ ۩

Seorang lelaki yang telah menyesal akan perbuatan jahatnya memasuki sebuah masjid. Ketika itu Rasulullah SAW sedang solat berjamaah. Setelah selesai solat, di dalam kuliah baginda telah bersabda:

…“Barangsiapa meninggalkan sesuatu yang haram, maka ia akan memperolehi yang halal.”

Apabila malam tiba, syaitan telah mendorongnya kembali untuk membuat kejahatan. Dia pun memsuki sebuah rumah milik wanita telah kematian suaminya yang tinggal bersendirian.

Setelah masuk ke dalam rumah, dia ternampak makanan yang telah sedia terhidang dan ini menimbulkan keinginan untuk merasa makan tersebut. Ketika hendak mengambil makanan itu, dia teringat akan sabda Rasulullah SAW tadi iaitu barangsiapa meninggalkan sesuatu yang haram akan memperolehi yang halal. Oleh itu, dia tidak jadi meneruskan keinginannya.

Kemudian setelah menggeledah di bilik rumah tersebut, dia menjumpai barang-barang permata dan wang. Sekali lagi. Dia teringat akan pesan Rasulullah SAW. Seterusnya melihat pula dia di bilik yang lain seorang wanita yang sedang tidur . Teringat lagi akan dia sabda Rasulullah SAW dan tidak jadi menyentuh wanita itu. Akhirnya dia keluar tanpa melakukan apa-apa. Dia gembira kerana berjaya melawan hawa nafsunya.

Setelah itu dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Subuh dan duduk di sudut masjid sambil memikirkan dirinya. Apabila matahari meninggi, seorang wanita masuk ke masjid mengadu bahawa rumahnya telah dimasuki pencuri tetapi tidak mengambil apa-apa. Dia bimbang dirinya diapa-apakan memandangkan dia tinggal sendirian dan tidak bersuami.

Lalu Rasulullah melihat sekeliling masjid dan terlihat akan pemuda yang duduk di sudut masjid. Baginda menyoal lelaki itu akan soalan peribadi.Lelaki itu menjawab bahwa dia tinggal sendirian. Rasulullah kemudian meminta kedua-duanya menikah. Namun kedua-dua tidak menjawab kerana malu. Akhirnya mereka dinikahkan. Ketika inilah, lelaki ini menangis dan mengisahkan keadaannya sebenar.

Kemudian kedua-dua orang itu keluar dari masjid menuju ke rumah wanita itu. Lelaki itu telah memperolehi segala yang diharamkan buatnya malam tadi, makan yang haram menjadi halal, permata dan wang yang ingin dicuri telah boleh diguna secara halal. Malah wanita yang haram disentuh sudah boleh digaulinya keran telah menjadi isterinya.

Benarlah sabda Rasulullah:

...“Barangsiapa meninggalkan sesuatu yang haram, maka ia akan memperolehi yang halal.”

~Wallahualam~


2 comments:

Sub said...

cerita yg best...
keep on...
hehe...

As said...

tahniah~~

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...