Wednesday, February 25, 2009

BOLEHKAH BERITA DALAM TALIAN DIPERCAYAI?

______________________________________________________

Ledakan teknologi komunikasi digital memberi impak yang besar dalam media penyampaian, penyebaran dan medium sumber-sumber maklumat. Kemajuan dalam teknologi ini menyumbang kepada pengembangan dalam penyampaian berita dengan lebih dinamis dan ini merupakan budaya baru yang telah mendorong kepada kebangkitan alternatif baru, memperoleh berita di hujung jari melalui Internet. Kegiatan ini dikenali sebagai berita dalam talian atau lebih dikenali sebagai “online journalism”. Berita dalam talian bukan lagi satu fenomena baru bagi mereka yang mengekori isu semasa dan kerap melayari Internet. Malah berita dalam talian juga banyak memberi mereka kelebihan dalam memilih seleksi variasi berita seluruh dunia.


Internet ini memainkan peranan penting dalam beraksi sebagai medium untuk berita dalam talian. Sejak berkembangnya teknologi Internet, pelbagai kegiatan dan maklumat dapat dipermudahkan ekoran dinamiknya yang tanpa sempadan. Kini, munculnya kekangan dan cabaran dalam menyampaikan berita dalam talian kerana lahir pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah dan menokok tambah berita yang benar. Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Gejala fitnah, menokok tambah, memanipulasi maklumat dan mereka-reka cerita semakin menular di dalam talian (on-line). Justeru itu, kebenaran dan kepercayaan berita dalam talian mula dipertikaikan. Kejadian ini seolah-olah sukar dibendung ekoran kebebasan dalam berkarya dan menulis melalui Internet.


Memandangkan Internet merupakan sumber utama dan rujukan dari pelbagai pihak bermula pelajar hinggalah pendidik, adalah amat penting bagi memastikan kebolehpercayaan berita dalam talian ini dipertahankan. Di Malaysia, kajian terhadap kebolehpercayaan sumber maklumat dan berita melalui talian sering dilakukan contohnya, Syed Arabi (2002) telah mengkaji kebolehpercayaan sumber maklumat sejak 1990 sehingga 2002. Seperti juga Mohd. Khairie (2001), Mohd. Taib (2001) dan Saidathul (2001) menurut Mohd Baharudin Othman (2005). Ini jelas menunjukkan masyarakat Malaysia juga amat menitikberatkan persoalan kebenaran dan kebolehpercayaan maklumat yang mereka layari di Internet. Bukan sahaja pengkaji-pengkaji di Malaysia, institusi-institusi antarabangsa turut terdorong untuk menjalankan kajian tentang kebolehpercayaan atau kredibiliti berita melalui talian ini.


Menurut Mohd Baharudin (2005) yang telah merujuk dari jurnal Walden, 2001, World Press Freedom Commitee dan institusi-institusi domestik ada mengeluarkan laporan bahawa media di Malaysia bersifat berat sebelah, tidak telus dan dikongkong. Laporan sebegini secara ketaranya telah memberi implikasi kepada institusi media massa di Malaysia. Mereka menyifatkan bahawa kajian-kajian yang dilakukan di Malaysia merupakan kajian yang kurang tepat keran kajian akan kebolehpercayaan ini harus disertakan dengan kajian menyeluruh akan mesej atau berita yang disampaikan bukan sahaja aspek demografi, faktor sumber dan saluran sahaja.


Berbanding dengan media massa yang lain iaitu media cetak dan elekronik seperti televisyen dan radio, Internet tidak mempunyai proses seperti editorial dan gatekeeping yang menuras maklumat dan berita yang ingin disebarkan. Permasalahan inilah yang merupakan titik tolak bagaimana kegiatan-kegiatan yang mendorong kepada pecah kepercayaan kepada sumber maklumat di talian. Usaha untuk mempertahankan kebolehpercayaan berita di talian telah dilakukan. Seperti menangguk di air keruh, usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak terlibat seolah-olak tidak berhasil kerana sifat kebebasan teknologi Internet itu sendiri.


Pokok utamanya, bolehkah berita dalam talian dipercayai?


Pengguna talian atau on-line itu sendiri harus bijak menilai kebolehpercayaan sesuatu kandungan maklumat itu mengikut perspektif yang berbeza dengan memperlihat dan menilai sendiri kondisi laman web itu ( Fogg, Leslie, Julianne & Ellen, 2002) seperti dirujuk oleh Mohd Baharudin (2005). Manakala tahap kebolehpercayaan kandungan berita akhbar dinilai berdasarkan kepercayaan pembaca akhbar terhadap wartawan dan syarikat akhbar tersebut (Folker & Stephen, 2001).


Menurut Seaton (1999), masyarakat membuat penilaian terhadap kebolehpercayaan berita menerusi dua elemen utama iaitu fakta atau konteks berita dan berita yang bersifat neutral yakni tidak berat sebelah atau bias. Peranan wartawan adalah memastikan bahawa mereka bersifat lebih jujur dan berfikiran jauh dalam menulis berita dalam talian agar kebolehpercayaan berita dalam talian dapat dipertahankan. Selain itu, mengamal media juga seharusnya menerangkan polisi dan perundangan untuk meningkatkan tahap kebolehpercayaan masyarakat terhadap media. (Mcfarlin, 1998/99.


Menurut Syed Ahmad Idid, 2001, kebolehpercayaan terhadap media dicapai apabila media bersedia untuk melaporkan berita secara objektif, seimbang dan berdasarkan kebenaran. Manakala, menurut kajian yang dijalankan oleh Online News Association’s Digital Journalism Creadibility Project (2002), pengguna online lebih menitikberatkan ketepatan berita berbanding masa penerimaan berita (timeliness). 82.5 peratus menyatakan berita televisyen adalah sumber yang paling tinggi tahap kebolehpercayaannya diikuti dengan akhbar tempatan. Kajian ini turut mengkaji kredibiliti radio dan majalah. Selain itu faktor demografi juga tidak terkecuali dalam mempengaruhi penggunaan berita online (Syed Arabi & Saodah ok, 2002; Rasha, Garrison, Salwen, Driscoll dan Casy, 2002).


Kelebihan utama berita dalam talian yang cepat dan melangkaui jangkaan masa berbanding berita tradisional, iaitu tiada ”shifting time” telah memperihatkan medium ini sebagai satu cabaran apabila wartawan berlumba-lumba membudayakan siapa cepat melapor mereka terhebat. Namun, mereka alpa akan kebebasan masa yang diberi dalam melapor dengan menyiarkan berita yang tidak jelas dan samar. Maka, pembaca wajar menilai dengan teliti akan berita yang diterima dan harus membaca saluran yang lebih dengan harapan dapat membezakan berita yang majoritinya mempunyai persamaan. Dengan itu, masalh kebolehpercayaan dapat diatasi dengan kerjasama pihak pemberi maklumat dan penerima maklumat itu sendiri.


______________________________________________________



8 comments:

Anonymous said...

salam,

kadang2 main bace je, ntah betul atau tak, certain cases je percaya...

nasib la kalo news yang unusual values memang susah nak percaya, kdg2 c percaya, esp rumors..

hehee...

btw, nice article.. i like it!

~MFH~

Nuur Ailmi said...

MFH ni siape ye?

yes... credibility such a hard term..

(*_*)

pi mai pi mai tang tu gak..
huu

Anonymous said...

nomie...ni assignment research baru ea..

Nuur Ailmi said...

tq for the compliment, MFH! :)

Nuur Ailmi said...

taklah yap, ni assignment Online Journalism... Lcturer suh send tru blog.. asal, rase takut kena buat ke nati? haha

get ready sudah~

Syana said...

p.s:
nomie sila jgn publish comment yang menggunakan account amy. Tadi bukak account amy tlg updatekan kerja die. Terlupa laks... tq!

heeheheh
yang benar,
saya yang malu

Anonymous said...

Artikel yang menarik untuk renungan bersama. Media di Malaysia menjadi bias disebabkan berada di bawah kawalan kerajaan. Apa sahaja yang berkaitan dengan politik, media hendaklah sebolehnya melaporkan yang baik-baik sahaja mengenai pemerintahan kerajaan.

Ada sebab kenapa mereka bias.. Alasan yang diguna pakai tak nak menjatuhkan kredibiliti pemimpin. Takut rakyat memberontak..

Dush!~ Nie la Malaysia tanah air ku... Kenapa kita mesti mengagung2kan pemimpin yang secara terang-terangan melakukan kesalahan. Media tidak sepatutnya bias dalam soal politik. Mereka perlu telus dalam menyampaikan berita. Kita sebagai negara yang demokrasi perlu tahu sebab kite yang menentukan pemimpin kite.. xkan kite nak negara kite dipimpin oleh pembunuh??

Please..and please la ..jangan bias wahai orang di sebalik media di Malaysia..


Luahan,
Bended

Nuur Ailmi said...

thanks bended.. semua media sekarang pantang ada freedom lebih sikit, siaplah semua.

thanks for dropping. HAVE A NICE DAY okay!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...