Wednesday, May 20, 2009

Cikgu Tuition... (+_+)

Salam...

Cuti jadi cikgu tuition.. Baru aku tahu sangat menguji kesabaran, serius sangat menguji kesabaran bila mengajar budak x matang. haiya lina oi, balik la, udah penat replace ur class... i have decided nak jadi pendidik, yes! but, since aku dah kutip sedikit sebanyak pengalaman jadi cikgu tuition about 7 days, aku tolak nak jadi cikgu sekolah rendah. haih! belaja masscomm jadi cikgu? haha, funny!

kate ibu bapa "next year apply master, study 2 tahun then jadi lecturer, skg umur 22 tahun, next year 23. just plus 2 yrs then 25 u will get master..."
yeay, hebatnye! nak nak!
;))

berkira2 jugak, takot tetibe rase x sabar nak beli kereta duit sendiri, mintak Allah kuatkan iman, teguhkan hati yang my intentions nak ada master..


takut tunggu result dis sem...

Thursday, April 30, 2009

3 semester lagi?

Salam...

mood: rindu kat kampung ;(
music: sound effect keliwon TV3

*the youngest nephew. haziem. dia sedang jeles pada kakak (nurin) yang sedang bersantai di atas kete,
"mama, let me go out please..."*



I'm back... almost 1 month tak post something. a little bit rindu. ahaks!
baru abes exam pukul 5.20 p.m. tadi then terus ajak Ifa n Wawa gi layan ABC kat seksyen 2.. wuhooo, sangat bersyukur dapat menamatkan satu sem di degree.. so many obstacles. sabar ye sayang, 3 sems more to go...

oh, ye.. 1hb June 2009 saya akan konvo untuk diploma. mummy sama daddy mau datang enggak? taula diploma je. tapi takpela tamau dtg pun, x kesah. hoho. since, i was so upset about the stars that will be at my name list. lagi 0.01 nak dapat 2 bintang.. kalau mummy daddy ada bangga gak nuur ailmi nak tayang kat mummy daddy.. urmm, takpe2, degree ni nuur ailmi cube skor lebih lagi even rase sangatlah tough... yang penting i have to be better than before. thanks mummy and daddy, family and friends as well (for the blesses and prays)


tak boleh balik lagi, kena tolong nur (sis) buat poster.. haiya! upah? hehe

Thursday, April 9, 2009

...

Salam...


"Off for Final Examination"




All the best to all my friends. Good Luck and do the best!

Sunday, March 29, 2009

Padam tak?

Salam...
so, padam x?
saya padam... nyalakan lilin aromaterapi lagi... haha!

Terima Kasih kerana support bumi kita...

*applausing*

;)

sekian.

Friday, March 27, 2009

KEBERKATAN SURAH AL-IKHLAS

Salam...

Lama x post ubat-ubatan jiwa... Terfikir pasal surah yang kerap dibaca dalam solat, tadi pun baca surah ni masa solat. huhu.

Browse, surf dan pusing2 dalam google and mail... terjumpa kelebihan Surah Al-Ikhlas. Diharap x terlepas membaca sedikit input untuk dikongsi ni k.. ;)


Bismillahirahmanirrahim...


Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan...



Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali).. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.



Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby.



Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.



Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.


Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a..s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.



*Nota*
Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...