Salam...
Pernah mengalami keadaan di mana anda akan mengucapkan perkatan-perkatan seperti di bawah?
"Pening la nak masak apa harini..,haih"
dan
"Alamak, lupa nak beli barang basah, nak makan apa malam ni kita, bang?"
dan
"Bosan lah mama ni. Hari-hari lauk sama je" (Amboi!!!)
akhirnya
"Harghhh, dahlah jom makan kedai!!!"
Hehe... Cuba refer book resipi la sikit kut-kut idea dah pancit. Dapatlah tukar-tukar solero (askem ni sedap).hehe.
Harini kita review SIRI JOM BERJIMAT yang terbaru. Jom Berjimat ni dah ada 6 siri, iaitu:
Tapi kali ni nak review 3 siri yang terbaru.
Resipi-resipi ini dikumpul dari wesite MyResipi. MyResipi.com adalah laman web percuma yang menyediakan platform bagi para wanita khususnya, untuk berkongsi resipi antara satu sama lain. Dengan slogan “Jom Kongsi Resipi” yang bukan sekadar perkongsian semata-mata, ia juga memberi peluang pengguna mengutarakan pendapat dan komen apabila mencuba resipi tersebut.
Ramadhan yang tiba pasti merungsingkan para
wanita malah sesiapa sahaja yang menyediakan juadah berbuka puasa di rumah. Jom
Berjimat Selera Ramadhan bukan sahaja mengilhamkan anda menu, malah membantu
anda untuk berjimat di bulan Ramadhan.
Cth resipi: lassi oren, smoothie pisang milo, shake pisang madu, mangga panna cotta, mouse yugort kiwi, karamel pisang, puding sagu, onde-onde labu, kerabu kedondong, sotong tiga rasa, ayam madu ringkas, teresek, nasi kerabu, laksam, tuna rangup dll...
Dapatkan sekarang. Tak rugi pun.
Salam...
Pernah mengalami keadaan di mana anda akan mengucapkan perkatan-perkatan seperti di bawah?
"Pening la nak masak apa harini..,haih"
dan
"Alamak, lupa nak beli barang basah, nak makan apa malam ni kita, bang?"
dan
"Bosan lah mama ni. Hari-hari lauk sama je" (Amboi!!!)
akhirnya
"Harghhh, dahlah jom makan kedai!!!"
Hehe... Cuba refer book resipi la sikit kut-kut idea dah pancit. Dapatlah tukar-tukar solero (askem ni sedap).hehe.
Harini kita review SIRI JOM BERJIMAT yang terbaru. Jom Berjimat ni dah ada 6 siri, iaitu:
- Jom Berjimat Memasak Lauk-Pauk
- Jom Berjimat Membakar Kek & Biskut
- Jom Berjimat Menyediakan Pencuci Mulut
- Jom Berjimat Menyediakan Roti
- Jom Berjimat Juadah Syawal
- Jom Berjimat Selera Ramadhan
Tapi kali ni nak review 3 siri yang terbaru.
Resipi-resipi ini dikumpul dari wesite MyResipi. MyResipi.com adalah laman web percuma yang menyediakan platform bagi para wanita khususnya, untuk berkongsi resipi antara satu sama lain. Dengan slogan “Jom Kongsi Resipi” yang bukan sekadar perkongsian semata-mata, ia juga memberi peluang pengguna mengutarakan pendapat dan komen apabila mencuba resipi tersebut.
Secara
ringkas, laman web MyResipi.com dibangunkan pada tahun 2006 oleh Dr. Bakhtiar
untuk isterinya Norhayani Mohd Nor ketika
melanjutkan pengajian di Institut Teknologi Tokyo, Jepun.
MyResipi.com
dikunjungi lebih 1,000,000 pelawat setiap bulan. Laman Facebook MyResipi.com
(facebook.com/myresipi) juga mempunyai lebih kurang 200,000 peminat aktif yang
bertambah setiap hari.
MyResipi.com
bukan hanya popular di Malaysia, tetapi Singapura, Brunei, Amerika Syarikat,
Britain, Jepun, Indonesia, Australia, New Zealand, Arab Saudi dan Qatar.
Buku
resipi ini mengumpulkan resipi-resipi yang paling popular di MyResipi.com.
Resipi-resipi ini juga adalah hasil dari olahan tangan Norhayani sendiri.
Pengarang: Norhayani Mohd Nor
Saiz: 19cm
x 21.5cm
Penerbit: MPH Publishing
Tarikh Terbit: Julai 2012
JOM
BERJIMAT MENYEDIAKAN ROTI
ISBN: 978-967-415-872-9
Buku ini membantu anda dalam
menyediakan roti. Di samping memberikan anda pelbagai pilihan roti yang enak
dan sesuai dimakan bukan sahaja sebagai sajian pada sarapan pagi, minum petang
malah enak dimakan setiap masa terutamanya ketika masih panas.
Cth resipi: roti asas, gelungan mentega, roti coklat, roti epal, ban sosej, roti labu, ban keju bluberi, roti walnut berkismis, calzone, baguette mini, pizza ayam nanas, biskut rusk, water roux dll....
JOM
BERJIMAT SELERA RAMADHAN
ISBN: 978-967-415-870-5
Cth resipi: lassi oren, smoothie pisang milo, shake pisang madu, mangga panna cotta, mouse yugort kiwi, karamel pisang, puding sagu, onde-onde labu, kerabu kedondong, sotong tiga rasa, ayam madu ringkas, teresek, nasi kerabu, laksam, tuna rangup dll...
JOM
BERJIMAT JUADAH SYAWAL
ISBN: 978-967-415-871-2
Bagi yang menyambut Syawal pasti
sentiasa memikirkan juadah yang bakal disajikan kepada tetamu yang hadir. Bagi
memeriahkan hari raya, buku ini memberikan anda pilihan penyediaan juadah
bermula daripada biskut, pembuka selera, makanan berat hinggalah pencuci mulut.
Cth resipi: Biskut badam, biskut kacang hijau, biskut cip coklat, biskut bar bluberi, tat nanas berkeju, tat lemon berkeju, rendang dengdeng, kerutuk daging, nasi udang lebaran, ayam serbuk roti, brownies keju mangga dll...
My Review:
Setiap judul sangat murah. Memang murah. Ia hanya berharga RM8.90. Sangatlah berpatutan dan resipi-resipinya sangatlah mudah.Sangatlah sangat. haha. Orang-orang bujang pun boleh terai. Ada 30 resipi setiap judul. Aku paling suka Ramdhan haritu. Sebabkan aku antara orang pertama yang tengok resipi-resipinya. hehe. Syawal pun OK. Tapi yang paling penting bahan-bahan yang diperlukan tak banyak dan tak cerewet. Resipi-resipinya aku senaraikan kat bawah book details di atas. Tapi tak semua resipi la. hehe
Dapatkan sekarang. Tak rugi pun.
Salam...