Saturday, December 29, 2012

Long Tail Model/Model Ekonomi Ekor Panjang

Salam...

Hari ini nak kongsi sedikit tentang teori ekor panjang ni... Teori atau Model ni invented by Chris ANDERSON. Antara scholar favourite aku sepanjang thesis writing ni. Pantang nampak buku Chris Anderson, tangan capai je. Di BBW haritu pun sempat grab 2 copies buku dia. RM10 hard cover. Rasa nak beli lima, walaupun sama! Haha.

Okay-okay kita teruskan. Aku terangkan model ini dalam gaya yang aku faham. Kut ada yang rasa dia juga sedang mempelajari model ini, mohon perturunkan sedikit kepada hamba. Hamba sangatlah mengharapkan dan pasti akan menghargainya.

Tak semua orang nak ambil tahu tentang teori pemasaran era digital ini memandangkan ia sedikit mengelirukan dan hanya melibatkan niche product (produk yang sesuai dan spesifik).

Sebab apa ekor panjang? Sebab hujung sekali tu (bahagian ekor terletaknya produk unik tapi tak popular, orang tak beli dalam jumlah banyak, namun pembeliannya mengenai tepat pada pembeli sasaran dan transaksinya berterusan.  Durasi produk dijual dalam pasaran talian ini juga lebih panjang dan lama. Macam korang nak beli buku karya agung English atau Malay. Taip di Encik Google, akan kaluar website mak nenek yang menjualnya. Korang pun dengan ghairahnya menekan butang BUY atau ADD TO CART! Capaian lebih menyeluruh dan jangka hayat produk itu dalam pasaran gelap semasa juga lebih lama berbanding produk-produk utama.

Hebat kan model ni?! Dannn.. model ni memang banyak digunakan dalam pemasaran/penjualan dalam talian. Aku memang pening-pening lalat juga masa mula-mula baca tentang model ni. Yelah, belajar tanpa guru ni takut sesat jalan. GPS mana boleh apply kat sini. hehe.

Tapi takpe, kita tengok macam mana ekor dia. Panjang sangat ke ekor tu? Kenapa tak guna mende lain selain EKOR? Macam Teori Tangan Panjang ke, Kuku Panjang ke, Lutut ke. hihi... Tengok gambar di bawah:


Nampak ekor dinosaur tu kan panjang dan halus. Panjang sebab berterusan dan banyak kali. Halus sebab belian dalam kuantiti sedikit.
Contohnya Amazon.com dan e-Bay. Cuba tengok bagaimana pemasaran, penjualan dan variasi produk dalam laman mereka. Pembeli akan sentiasa ada, non-stop walaupun mereka beli jumlah sedikit. Bak persoalan yang dikemukan oleh Chris sendiri, why the future of business is selling less of more! kenapa masa depan perniagaan menjual kuantiti sedikit lebih menguntungkan. lebih kurang macam itu la maksudnya. Cuba perharikan graf di bawah:
 


See, why we called it LONG TAIL. Niche product mendapat sambutan dan lebih lama durasi berada dalam pasaran.

OK cukup dulu kali ni. Next post aku akan bagi contoh yang lebih untuk kita sama-sama lebih faham. Ada kerja lain dulu nak settle. hihi.

Salam. Selamat Berhujung Minggu!

Friday, December 28, 2012

Big Bad Wolf 2012

Salam...

Tahu Big Bad Wolf kan?
Takkan lah tak tahu...?
Book exhibition terbesar di dunia. Bukunya murah gila, memang yang ni boleh guna gila tu, sebab aku almost gila. HAHA.

Sebenarnya aku macam tak nak pergi this year punya, memandangkan buku last year tak habis lagi baca. Tetapi mengenangkan tak cukup reference lagi untuk thesis, pegi jela. Ingat tak? Buku yang aku review last time, THE LONG TAIL tu? Kita tengok perbezaan harganya! Aku sikit lagi nak pitam. Tapi sebabkan pergi sorang-sorang, bimbang plak takde orang nak angkat ;)

Kiri; Published in 2008. Dibeli di Kinokuniya. Kanan; Published in 2006. Dibeli di BBW.


Buku aku beli yang KIRI tu dengan harga pasaran RM60.73.
Buku KANAN tu harganya cuma RM10, with jacket and HARD COVER!!! What???
Oh, aku memang rasa nak gigit2 buku tu. Beza cuma yang aku beli KIRI tu latest and revised edition la. (Nak sejukkan hati) Haha. Tapi memang betul la. Ada banyak juga contents yang berbeza.

Hasil tangkapan aku di BBW, dalam langkah menjadikan mereka pulang dengan jutaan ringgit :p Sudahnya aku pulang dengan dua ringgit. Cisss aku terpedaya dengan godaanmu. Nasib baik aku tak bawak RM300 atau lebih. Kalau tak memang licin.

Children's books tu pesanan daripada kakak. 



Sekarang, aku rasa kena cari balik duit, bagi menampung/menggantikan perbelanjaan di luar jangkaan ini. Any freelance jobs tak uols? haha.

OK. Salam!


Thursday, December 27, 2012

Idea Doorgift

Salam...

Tak pernah mengharapkan semua post dibaca sebenarnya. Tujuan utama untuk tatapan aku dan keluarga kelak. Memandangkan tulis dalam diari tu sounds old-fashion lah. haha!

Pernah mengalami perasaan teruja-yang-amat (over-excited) apabila keluarga korang memang memberikan kebebasan dalam menguruskan majlis perkahwinan sendiri? Family kami memang membebaskan kami untuk berkarya anytime, terutama di hari bahagia masing-masing. On Christmas day we went to GM Klang. Bought hair clips untuk DIY doorgift. Hehe!

Kita teaser dahulu. Nanti dah lepas majlis baru kita reveal. Siap dengan tutorial sekali ok. Hihi...


Yang pasti GM Klang memang medium untuk belian borong/pukal. Untuk kali ini, aku beli 300 clips sahaja. Lagipun majlis lambat lagi.

Tak sabar nak start buat. Nak siapkan thesis tak teruja macam ni. Haih, kenapa tak amik je course kraftangan ke, ukiran ke? (kalau dah suka berkarya) Huhu.

Okay. Good night. Esok my last working day at MPH Group Publishing! Yeay ;)
Salam.

Saturday, December 22, 2012

Project DIY Doorgift...

Salam...

Alhamdulillah dikurniakan ilham doorgift untuk wedding sendiri. Banyak perancangan untuk wedding, tapi terpaksa ditunda dan diperam dahulu memandangkan masih perlu berjuang untuk penulisan thesis yang asyik tergendala.

In sha Allah, saya akan mula memberikan 120% tumpuan pada thesis bermula awal Januari sehinggalah di hari submission-nya.

Lepas ni nak mandi, nak gi amik buku di UiTM. Kirim dengan lecturer untuk belikan buku di Amazon ;)

Catatan ini mungkin sangat bermakna bagi saya 10 tahun depan.

Selamat Hari Sabtu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...