Wednesday, October 17, 2012

Book Review 3: SIRI JOM BERJIMAT

Salam...

Pernah mengalami keadaan di mana anda akan mengucapkan perkatan-perkatan seperti di bawah?

"Pening la nak masak apa harini..,haih"

dan

"Alamak, lupa nak beli barang basah, nak makan apa malam ni kita, bang?"

dan

"Bosan lah mama ni. Hari-hari lauk sama je" (Amboi!!!)

 akhirnya

"Harghhh, dahlah jom makan kedai!!!"

Hehe... Cuba refer book resipi la sikit kut-kut idea dah pancit. Dapatlah tukar-tukar solero (askem ni sedap).hehe.

Harini kita review SIRI JOM BERJIMAT yang terbaru. Jom Berjimat ni dah ada 6 siri, iaitu:

  1. Jom Berjimat Memasak Lauk-Pauk
  2. Jom Berjimat Membakar Kek & Biskut
  3. Jom Berjimat Menyediakan Pencuci Mulut
  4. Jom Berjimat Menyediakan Roti
  5. Jom Berjimat Juadah Syawal
  6. Jom Berjimat Selera Ramadhan

Tapi kali ni nak review 3 siri yang terbaru.

Resipi-resipi ini dikumpul dari wesite MyResipi. MyResipi.com adalah laman web percuma yang menyediakan platform bagi para wanita khususnya, untuk berkongsi resipi antara satu sama lain. Dengan slogan “Jom Kongsi Resipi” yang bukan sekadar perkongsian semata-mata, ia juga memberi peluang pengguna mengutarakan pendapat dan komen apabila mencuba resipi tersebut.
Secara ringkas, laman web MyResipi.com dibangunkan pada tahun 2006 oleh Dr. Bakhtiar untuk isterinya Norhayani Mohd Nor ketika  melanjutkan pengajian di Institut Teknologi Tokyo, Jepun.

MyResipi.com dikunjungi lebih 1,000,000 pelawat setiap bulan. Laman Facebook MyResipi.com (facebook.com/myresipi) juga mempunyai lebih kurang 200,000 peminat aktif yang bertambah setiap hari.
MyResipi.com bukan hanya popular di Malaysia, tetapi Singapura, Brunei, Amerika Syarikat, Britain, Jepun, Indonesia, Australia, New Zealand, Arab Saudi dan Qatar.

Buku resipi ini mengumpulkan resipi-resipi yang paling popular di MyResipi.com. Resipi-resipi ini juga adalah hasil dari olahan tangan Norhayani sendiri.


Pengarang:         Norhayani Mohd Nor                                     
Saiz:                    19cm x 21.5cm
Penerbit:             MPH Publishing                                                                
Tarikh Terbit:     Julai 2012



JOM BERJIMAT MENYEDIAKAN ROTI
ISBN: 978-967-415-872-9

Buku ini membantu anda dalam menyediakan roti. Di samping memberikan anda pelbagai pilihan roti yang enak dan sesuai dimakan bukan sahaja sebagai sajian pada sarapan pagi, minum petang malah enak dimakan setiap masa terutamanya ketika masih panas.
 
Cth resipi: roti asas, gelungan mentega, roti coklat, roti epal, ban sosej, roti labu, ban keju bluberi, roti walnut berkismis, calzone, baguette mini, pizza ayam nanas, biskut rusk, water roux dll....







JOM BERJIMAT SELERA RAMADHAN
ISBN: 978-967-415-870-5

Ramadhan yang tiba pasti merungsingkan para wanita malah sesiapa sahaja yang menyediakan juadah berbuka puasa di rumah. Jom Berjimat Selera Ramadhan bukan sahaja mengilhamkan anda menu, malah membantu anda untuk berjimat di bulan Ramadhan. 

Cth resipi: lassi oren, smoothie pisang milo, shake pisang madu, mangga panna cotta, mouse yugort kiwi, karamel pisang, puding sagu, onde-onde labu, kerabu kedondong, sotong tiga rasa, ayam madu ringkas, teresek, nasi kerabu, laksam, tuna rangup dll...

 



JOM BERJIMAT JUADAH SYAWAL

ISBN: 978-967-415-871-2


Bagi yang menyambut Syawal pasti sentiasa memikirkan juadah yang bakal disajikan kepada tetamu yang hadir. Bagi memeriahkan hari raya, buku ini memberikan anda pilihan penyediaan juadah bermula daripada biskut, pembuka selera, makanan berat hinggalah pencuci mulut.
 Cth resipi: Biskut badam, biskut kacang hijau, biskut cip coklat, biskut bar bluberi, tat nanas berkeju, tat lemon berkeju, rendang dengdeng, kerutuk daging, nasi udang lebaran, ayam serbuk roti, brownies keju mangga dll...




My Review:
Setiap judul sangat murah. Memang murah. Ia hanya berharga RM8.90. Sangatlah berpatutan dan resipi-resipinya sangatlah mudah.Sangatlah sangat. haha. Orang-orang bujang pun boleh terai. Ada 30 resipi setiap judul. Aku paling suka Ramdhan haritu. Sebabkan aku antara orang pertama yang tengok resipi-resipinya. hehe. Syawal pun OK. Tapi yang paling penting bahan-bahan yang diperlukan tak banyak dan tak cerewet. Resipi-resipinya aku senaraikan kat bawah book details di atas. Tapi tak semua resipi la. hehe


Dapatkan sekarang. Tak rugi pun.

Salam...




Sunday, October 14, 2012

Book Review 2: Pedalling Around the Peninsula

Salam...

Today we review an English book, girls and guys. So better to write in English. mehehe. Sorry for the language errors or grammatical mistakes. I am not using English in daily conversation ;)






Title: Pedalling Around the Peninsula
Author: Sandra Loh
ISBN: 9789675997822
Format: Paperback
Retail Price: RM39.90
My stars to give: 4 stars/5













Synopsis:
“Four corners of West Malaysia, 2,664 kilometres in 37 days……Are you two nuts?” 

Well, those were probably not the exact words. However, nothing could keep outdoor enthusiast Sandra Loh and her friend Mak Shiau Meng from their goal to travel to the four corners of Peninsular Malaysia on bicycles in early 2009. The tour was Mak's idea, and he had invited Sandra along for the ride. 

For Mak, it was the fulfillment of a dream; for Sandra, a once-in-a-lifetime adventure. Braving exhausting uphill roads in the scorching sun and freezing rain, daredevil lorry drivers, unhelpful road signs and the occasional cow, the two intrepid cyclists made their way to the designated four corners: Padang Besar, Kedah; Tanjung Piai and Sg Rengkit in Johor; and Kota Bharu, Kelantan. 

As they rode past small towns and big cities, friendly and helpful locals, old and new friends, new and familiar sights and (mostly) good food made the trip more interesting…and bearable. And Sandra, the chronicler of the expedition, wrote it all down in her chirpy inimitable style.

My Review:

This book has been written with good, fresh and chirpy writing style, closer to reader and easily to feel into. The writing sounds fresh, high-motivational value and moral booster to those person who eager for them. Actually, Sandra Loh tried to tell and share to the reader how she and her 'partner in-crime' called Mak struggled in pedalling around the Peninsula, started to North, South, West and ended at East. (4 corners), They also entered  Thailand, y'all.

She shared their experiences, thoughts, new things to reveal such as, buah 'katak puru' in Kelantan and how asam gelugors were made and soo many other things, food and places that will give you the idea to go. Pedalling Around the Peninsula also served you the author's photo collection all their ways in pedalling around the Peninsula. How nice. Oh one more thing, this book is using good paper material, glossy art, color on every page and nice typeface. I love it!

This book can bring us up into the real life, that we must understand the norms, culture, language and believes. I met Sandra Loh today at Paradigm Mall, Kelana Jaya for this book talk, unfortunately i forgot to snap picture. Must be my colleague angry on me. Poor poor me :(
All i wanna say is Sandra Loh is very friendly, talkative, tough and she likes to use Malay when spoke to me. That is the most happiest thing that make me appreciate this author yah!

Apart from that, this book can give us other advantage, which is 'travel guide'!!!

I suggest you to buy this book if you have plan for backpacking around the Peninsula. hehe. You will never regret bro.

You can buy at mphonline. Or just grab it at any nearest Popular or MPH outlets. Perhaps any bookstores around you. Go go, you will be exposed with more new things by reading this book.

Salam...

p/s: Oh, tomorrow is Monday. I am sooooo 'happy' to work. May God (Allah) bless us.


Saturday, October 13, 2012

Book Review 1: DOKTOR UMUM: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad

Salam.

Memandangkan kerja di bidang penerbitan, bagi book review pun OKAY jugak. Since aku pun terlibat dalam mengedit naskhah ni. Mungkin buku ni dah sedikit lama tapi aku percaya masih ada yang cuba nak review buku ni dulu sebelum beli.

Sinopsis:
Barat menyifatkannya sebagai seorang yang keras kepala, perkauman, anti-Yahudi dan angkuh. Negara membangun bagaimanapun, memandang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai juara wawasan dan pemimpin luar biasa yang menyuntik semangat kepada setiap individu Dunia Ketiga untuk berdiri megah. Bahkan pengkritik beliau yang paling lantang pun tidak dapat menafikan bahawa di sebalik semua ini, Tun Dr Mahathir memberikan negara-negara yang terpinggir keberanian dan menunjukkan jalan ke arah masa depan yang penuh harapan. Sungguhpun demikian, beliau tidak terlepas daripada kontroversi. Selama 22 tahun memimpin negara, beliau digambarkan sebagai seorang diktator dan juga perangsang. Tidak ramai pemimpin yang berjaya mengubah keseluruhan negara daripada ekonomi agraria kepada kuasa perindustrian dalam tempoh singkat selama dua dekad. Di sini, dengan ketepatan pembedahan, Dr Mahathir menjejaki susur galur sejarah dan menghalusi peranan beliau sendiri dalam membentuk Malaysia moden. 


My Review:
Buku ni diterjemahkan daripada buku bertajuk "A DOCTOR IN THE HOUSE: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad". Pada pendapat aku, buku ini digarap dengan cukup telus dan padat. Setiap patah perkataan yang digunakan memberikan makna yang mendalam. Since aku minat tahap terbayang-bayang Dr. M ni bila 1st time jumpa, so takut jugak review ni sounds cliche kan? Tapi jangan bimbang aku professional. HAHA.

Dr. M menggunakan bahasa yang mudah dan cantik untuk difahami. Menceritakan bermula dari kecil kehidupannya, ketegasan bapanya, didikan dan pendidikan, beliau banyak menyatakan prinsip, matlamat dan kejayaan dalam setiap usaha beliau memajukan taraf sosial dan ekonomi Malaysia. 
 

Dr. M ambil masa selama bertahun-tahun (tak silap 5 tahun) untuk siapkan memoir ni. My manager said, 
"the whole process took five years to complete, so it is a bit tough to recall how many times the team met up with him. The whole production team comprised four editors cum researchers and a designer. When the team started working woth Tun, he had already written a few chapters on his own. They then came up with an overall structure for the book which he used as a guideline for him to continue writing". (MPH Quill, Issue 30, 2011).

Memang rumit sikit dalam proses penerbitan ni since Dr. M sangatlah busy, dan payah untuk publication team to come meeting and sit together with him. Orang cakap time is the biggest challenge. untuk project ni Tapi yang tu masa penerbitan asal in English. In Malay punya ni tak banyak sangat problem since Memoir ni diterjemahkan oleh A KADIR JASIN dari versi English. Menurut A Kadir Jasin:

"Saya tahu tugas saya bukanlah sesuatu yang mudah tetapi mengenali Tun secara peribadi sedikit sebanyak memudahkan kerja-kerja saya"

dan...

"Saya menterjemahkan buku ini dengan menggunakan Bahasa Melayu kontemporari bagi menarik minat pembaca-pembaca muda yang berusia kurang daripada 40 tahun"

A Kadir Jasin juga menyatakan:

"Saya mesti mengingatkan anda semua bahawa berurusan dengan Tun Dr Mahathir bukanlah satu perkara yang mudah. Ini kerana beliau adalah seorang yang tajam pemikirannya dan terperinci orangnya."

See, memang beliau busy. Letak jawatan PM pun busy lagi.

Buku ni kalau beli mphonline, lagi murah daripada di kedai buku. Harganya RM47.92 berbanding RM59.90. Ini kerana mphonline menyediakan 20% diskaun ya. 






Tajuk: DOKTOR UMUM: Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad
Pengarang: Tun Dr Mahathir Mohamad
ISBN: 9789674150259
Harga Pasaran: RM59.90
Genre: Biografi & Memoir
Penerbit: MPH Group Publishing








 Dapatkan segera. Buku ni insyaAllah tak habis stok sebab selalu ada permintaan.

p/s: Sebelum diterjemah ke Bahasa Melayu, A Doctor in the House telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Cina dulu. Mungkin tak ramai yang tahu since of course target readers orang Cina sahaja. huhu.


OK, next time kita review buku lain.

Salam.


Aku bagi 5 STARS untuk penerbitan ni.

Perlu ke ice-breaking balik?


Salam...

Lebih setahun blog tidak diupdate. So, perlu ke ice-breaking balik? HAHAHA. Why? Why more than 1 year baru nak ketuk story kat blog balik?
Mungkin faktor umur, masa dan keadaan yang kadangkala buat diri merasakan tak perlulah reveal/expose kencang sangat tentang personal life. Hehe!

Alhamdulillah for now semua berjalan lancar dengan izin Allah. Insya-Allah.

Now, something that make sense for me to re-update-ing this blog because i have something to share that will give benefits to the readers.

These are the TWO reasons (good reasons) why i should reactivate this blog:

1) Currently in writing thesis mode. I am looking everywhere and anywhere sources for my writing pieces. So, this platform would be the best space for me to share and spread them out instead of keeping them, buat harta sendiri ;)

2) Saya juga sudah start sikit-sikit project DIY for my wedding... Previously i managed to have some DIY decorations or miscellaneous items for my engagement day. Yes, i am engaged. Alhamdulillah. 

                                             Flower bouquet, pomander ball and the dress ;)



                                             Five balls of great love. hehe. Pomander Balls.


Next (or bila-bila la upcoming entry) saya akan tunjukkan bagaimana nak buat pomander ball yag cute tahap nak makan cicah coklat ni ;)

OK then, Goodnight!

Salam

Thursday, September 15, 2011

"If you read, you will able to write"

Salam...

Classmate rapidly-fire questions...

"Hi Ailmi, where do u work??? 1st degree from where? how do u like the courses at the moment???

"Im not working now. My 1st degree was Communication & Media Studies (Publishing) at UiTM Shah Alam. So far, the courses are awesome but the time is VERY CONSTRAINT as we took 6courses this sem... And I would promise that this sem will killing us. Nvm, ill take it as challenges! How bout u dear?"



New classmates, new ambiance, new commitments and new achievement!


p/s: All the best wishes peers!

Sunday, May 22, 2011

Masters Degree

Salam....


Next terminal -------> POSTGRADUATE!





Alhamdulillah... Thank You Allah, Thank You families, lecturers and friends!

Tuesday, December 21, 2010

Satisfaction... InsyaAllah

Salam...




SATISFACTION doesn't count... It depends on what's your review about the satisfaction... Maybe your satisfaction is gaining the extra money. But mine is creating the intelligent and high-motivated students. That's why certain people exclaimed to be an educator and looked-up his/her student achievements instead of "makan gaji" and ended-up majukan syarikat orang dan ekonomi negara... YOU GOT YOUR OWN SATISFACTION... It doesn't matter what kind of job u are into... Most mportantly, everything you heart desires, indeed! ;)


Good morning, teacher!

Thursday, October 14, 2010

Believe Yourself and Just do it!!!

Salam...

I always decided to say "InsyaAllah, I'll do my best" honestly while my heart asking and praying to Allah for that... Everything and whatever I pursued for.


My fingers!


Kompilasi Hidangan Sambal. My second baby. Yeah!!!


Alhamdulillah. I'll never stop to praise that...

Tuesday, October 5, 2010

Second baby... All praises to Allah....

Salam...

Dapatkan segera Kompilasi Hidangan Sambal... RM 7.00 sahaja! Anak kedua saya di Alaf 21. Alhamdulillah. All the experiences gained here were totally amazing!!! Thanks kepada No kerana beliau saya di sini (T_T)

Kita perlu ingat kekayaan, kecantikan, kesihatan, kedudukan dan kepandaian adalah satu amanah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti. Apakah segala nikmat ini menambah amal kebajikan dan sedekah jariah kita kepada Allah SWT?

Monday, October 4, 2010

Anak Sulung (1st baby) Alhamdulillah

Salam...

Alhamdulillah. Syukur pada Allah, diberi peluang untuk mempelajari ilmu-Nya di muka bumi... Practical di Alaf 21 banyak mendedahkan saya kepada peluang-peluang dan mngajar makna:

"Setiap orang diberi peluang untuk berjaya, namun terpulang pada mereka bagaimana untuk memanfaatkannya"




Semoga kejayaan sentiasa bersama kita semua... InsyaAllah :)

Friday, August 6, 2010

Bermula Lagi Ceritera Hidup

Salam....

Alhamdulillah syukur pada Allah Yang Maha Mendengar dan Maha Pemurah...

"Dia yang memberi dugaan, Dia juga yang memudahkan..."

Kata-kata dasyat yang Allah janjikan, menjadikan aku kuat sampai ke hari ini. Meniti jalan-jalan penuh dengan duri tajam... Banyak menguji kekuatan sebenar sebagai hambaNya. Yang penting, meminta-mintalah dari Allah.

Next week dah boleh submit manuskrip Kompilasi Hidangan Kerabu kepada designer. Meaning, saya akan proceed to "Kompilasi Hidangan Sambal" pulak... Alhamdulillah..


*Alhamdulillah, sekali lagi diberi offer untuk menghiasi cover novel, Dua Garis Cinta*


.Janji Allah itu pasti. Dia berikan kita ujian, Dia juga yang memberi ganjarannya.

Monday, August 2, 2010

Oh. Asyik!

Salam...

title pun dah tau sume berjalan lancar. Alhamdulillah. Harini ada potluck and shooting raya kat office. Shooting nyer sorang2 okay! ingatkan ramai2 skaligus berderet. Ngahaha. Ala2 model dah asenye.

Ooh, one more thing, last week, macam ase nak pitam bila akak editor tarik tangan:
"nomi, leh tolong akak tak?"
"err, boleh, ape yer?"
"um, jadi model untuk cover novel!"
"HAHAHA, macam x sesuai je akak"
"alaa, x pe la, cube je, sepatotnya kak zura, tapi dia x datang"

"okaylah. cube je tau..."

*salah satu gambar. macam kelakar sangat. Kahkah*


okay, enough! haha. Lusa pegi shooting rumah chef bagi menyiapkan buku resipi Kompilasi Kerabu bersama ketua photographer. Ketua photographer ok! Haritu ikut akak editor pegi ngan photographer Karangkraf je kot. oh, nervous nervous... tapi chill sudah :))




p/s: semoga rakan-rakan yang akan ke Birm n Turkey berjaya menimba pengalamanlberharga tanpa ada sedikit penyesalan cos it always happened when "LARGE comes with a package, instead of LARGE comes with the efforts" InsyaAllah...

salam. Selamat menghadapi bulan Ramadhan yang bakal menjelang. Halalkan apa yang terlebih, maafkan apa yang terkurang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...