Thursday, December 27, 2012

Idea Doorgift

Salam...

Tak pernah mengharapkan semua post dibaca sebenarnya. Tujuan utama untuk tatapan aku dan keluarga kelak. Memandangkan tulis dalam diari tu sounds old-fashion lah. haha!

Pernah mengalami perasaan teruja-yang-amat (over-excited) apabila keluarga korang memang memberikan kebebasan dalam menguruskan majlis perkahwinan sendiri? Family kami memang membebaskan kami untuk berkarya anytime, terutama di hari bahagia masing-masing. On Christmas day we went to GM Klang. Bought hair clips untuk DIY doorgift. Hehe!

Kita teaser dahulu. Nanti dah lepas majlis baru kita reveal. Siap dengan tutorial sekali ok. Hihi...


Yang pasti GM Klang memang medium untuk belian borong/pukal. Untuk kali ini, aku beli 300 clips sahaja. Lagipun majlis lambat lagi.

Tak sabar nak start buat. Nak siapkan thesis tak teruja macam ni. Haih, kenapa tak amik je course kraftangan ke, ukiran ke? (kalau dah suka berkarya) Huhu.

Okay. Good night. Esok my last working day at MPH Group Publishing! Yeay ;)
Salam.

Saturday, December 22, 2012

Project DIY Doorgift...

Salam...

Alhamdulillah dikurniakan ilham doorgift untuk wedding sendiri. Banyak perancangan untuk wedding, tapi terpaksa ditunda dan diperam dahulu memandangkan masih perlu berjuang untuk penulisan thesis yang asyik tergendala.

In sha Allah, saya akan mula memberikan 120% tumpuan pada thesis bermula awal Januari sehinggalah di hari submission-nya.

Lepas ni nak mandi, nak gi amik buku di UiTM. Kirim dengan lecturer untuk belikan buku di Amazon ;)

Catatan ini mungkin sangat bermakna bagi saya 10 tahun depan.

Selamat Hari Sabtu!

Saturday, November 24, 2012

Book Teaser EORI

Salam...


Nanti kita review KOMIK EORI Vol. 7, 8 dan 9 yang akan sampai ke MPH warehouse pada 26 November 2012 (Isnin) nanti. hehe. Siapa baca blog ni memang cepat sikit dapat info tentang buku melayu keluaran MPH Group Publishing. Yehehe :)

Happy weekend dan Selamat Hari Asyura.
Semoga hari ini menjanjikan sesuatu yang bermakna daripada semalam.

Tuesday, November 13, 2012

Book Review 6: Lafazkan Kalimah Cintamu

Salam...

Kita review novel Melayu pula. Ditulis oleh Siti Rosmizah. Buku pertama beliau andai Itu Takdirnya memang meletup kebabom. Sampaikan novel ke-2 beliau tak perlu Buku Prima sebagai penerbit. Beliau set-up penerbit sendiri, SR Publication gitu. Setiap page made ur tears drop. Haha. Depends tahap kesensitipan masing-masing la.





Tajuk: Lafazkan Kalimah Cintamu
ISBN: 9789675822001
Penerbit: SR Publication
Harga: RM 26.90
Penulis: Siti Rosmizah













Sinopsis:
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 23 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya. Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?


Pendapat aku?
NOVEL ni mengisahkan kekeluargaan, konflik percintaan yang sangat berat untuk difikirkan buat aku memandangkan aku baca novel ni di akhir zaman remaja, di mana kurang tepat sasarannya. Tapi... aku dapat menyerap watak yang diperikan dalam setiap plot. Itu dah cukup baik (dah macam pelakon, cis!) 

Hahaha, OK. Sebenarnya mesti dah ramai yang baca buku ni. So, aku macam dah malas nak review banyak-banyak. All the best word yang aku nak cakap, novel ni KELAKAR, SEDIH dan BOLEH MEMBAWAKAN hari-hari anda yang membacanya tanpa bosan.

Star aku nak bagi banyak juga. 4.5/5
Kenapa? Sebab aku payah sangat nak baca buku lebih dari sekali after khatam (x termasuk Qur'an haha). Sebabnya, mostly novel-novel cliched. X perlu baca byk kali sebab boleh jumpa plot sama dalam novel lain. TETAPI... Novel ni aku baca 3kali. Kira satu kejayaan yang maksimum untuk novel ini rupanya.

Aku baca macam esok nak amik exam. haha!

Sekarang Kak Siti (cewah, sesuketi panggil nickname haha) dah berjaya tulis 4 novel termasuk novel ini. Mereka ialah:

1. Andai Itu Takdirnya

2. LKC
3. Takdir itu Milik Kita
4. 7 Hari Mencintaimu

Semua best. Untuk bacaan ringan memang bagus. Selepas penat dengan heavy material readings (yang aku kena hadap untuk thesis writing).

Apa lagi? Daptkan segera. Nak beli kat mphonline pun boleh. Aku memang suka beli kat sini je. Bila malas nak pusing2 bookstores and bila aku memang tak perlu lagi survey2 buku apa nak beli. Kat link tu juga ada di linkkan dengan buku-buku hasil tulisan beliau yang lain.

Beli jela. Tak perlu pinjam-pinjam. Aku gerenti berbaloi sangat pembelianmu tu. huhu.

OKAY. Happy Diwali to those celebrating this festival.

Salam...

Sunday, November 11, 2012

Book Review 5: The Long Tail: Why the Future of Business is Selling Less of More

Salam...

"Books were becoming cheaper and more plentiful - what more could anyone want?"

 I am recently reading this book. My colleague, Mr. Eric Forbes, helped me to bought at Kinokuniya, priced MYR60.73. Since he is the member, discounted with 10%. Only paid for RM54.65.







Also can read the author's website, here.

WHY THE FUTURE OF BUSINESS IS SELLING LESS OF MORE.
About how our economy and culture is shifting from mass markets to millions of niches.

A MUST HAVE BOOK for Internet sellers/buyers.

Thank you. Happy weekend. Tomorrow is Monday. Blueghh!

Salam.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...