Friday, February 26, 2010

Here and There ;)

shiema ali: gilerrrrrrrrrrr
nuurailmi: mung gilerrr :p
shiema ali: woi...mung xkuar ke?
nuurailmi: dok.. petang ni ada dinner publishing ler. meh la nk join. hahaha
shiema ali: ada makan sate x
nuurailmi: tade..haha. nk joint bayar la..
shiema ali: xmo ah...xde sate...huhu
nuurailmi: journ punye dinner bile? junior ni x organize dinner untuk senior ke?
nuurailmi: hahaha
shiema ali: mampos xtau...hahaha
nuurailmi: farewell kat cma la.. kitorg nk abes dh ni.. hehe
nuurailmi: ayu x sambung agi ke?
shiema ali: ayu gilo carik duit!!!!!!!!!!!!
nuurailmi: nak kawen ke?
shiema ali: ntah lerrr...
nuurailmi: ;)
shiema ali: lu bila nk kawen...boifren lu nama apa ha...wa lupa rrr
nuurailmi: wa plan nk kawen 4thn agi la..
nuurailmi: FARRED la brader
nuurailmi: sampai ati lu lupe..
nuurailmi: memang nak kna rogol la :D
shiema ali: oooo...fared...nama unik sgt
shiema ali: auwww..jgan...jgn xrogol...hahaha
nuurailmi: menggom la.. pemacam jadi student part3..?
shiema ali: degree ni wa main2 la...xtau cmna nk jadik rajin cm dlu...
nuurailmi: wa x jumpe lu sampai sudah. kalau x wa nak ragging lu sampai jadi rajin cam dulu. haha
nuurailmi: baru2 memang malas. tapi lu kena pk future dan pelaburan wang hutang yg kite kna bayor
shiema ali: saya rela diragging anda
nuurailmi: malangnya wa x jumpe2 pon lu. huuhu
nuurailmi: if x wa nak sekeh2 ngan lutut wa kasi benjol biji mata lu. ahaha
shiema ali: mai la teman wa cuti ni..roomate wa balik..tggal wa sorang je..huhu
nuurailmi: oh.pekate lu mai umah wa..
nuurailmi: umah wa banyak besar..
shiema ali: malu hahaha
nuurailmi: lu malu ka? makan rambut betul la lu neh..
nuurailmi: sejak bile pemalu ni.. ?
shiema ali: pemalu kan sifat semulajadi sy..pemalas tu sifat buatan...hahaha
nuurailmi: sifat buatan orang. haha. semulajadi pekebendenye...? haha
shiema ali: sedey...nasik ayam wa beli basi...
nuurailmi: ololo...beli lain la... lu skg lone ranger ke kat kolej tu?
nuurailmi: tade member2 diploma lu knal ke?
nuurailmi: sian pulak wa pk...
shiema ali: mls nk kuar blik...
shiema ali: ada tp wa mls nk kuar dr bilik ni p jumpa depa
nuurailmi: oo..bilik lu standard suite hotel palace or golden horse ka hapa? :D
shiema ali: atas sket r dari suma tu....wakaka
nuurailmi: giler dah minah ni. haha
shiema ali: ala..xyah nk puji2 ckp wa gilerrr...malu la...auww...
nuurailmi: sah memang lu gila insane. wa suh pengetua kolej col saiketrist. alah, pak brahem tade lak..haha
shiema ali: pengetua melati ni kembar pak brahim tau x? hehehe
shiema ali is typing...
shiema ali: k la...wa nk tido...tatata

shiema ali has signed out. (2/26/2010 3:09 PM)

nuurailmi: tido la hang..
nuurailmi: titi



Apabila kawan lame menyapa atau disapa di ym... saya mula merasakan saya merindukan mereka. Sekian ;)

Sunday, February 21, 2010

Pelangi

Salam...

Status: bermain di kaki pelangi
Misi: meluncur di jalur pelangi
Statement: the nature of dream

Alhamdulillah... usaha berbayar dengan hebatnye... Alhamdulillah Allah Maha Adil.

People, stop munching your tongue (anonymous stalker yang menyombong only)
Allah bersama-sama mereka yang merendah diri.

Allah membenci mereka yang RIAK TAKBUR. Tapi Allah suka mereka yang berbangga dan bersyukur dalam hati atas segala usaha kerasnya sendiri dengan meminta-minta bantuan dariNYA.. Renungkan.

Sunday, December 20, 2009

unpredictable and unexpexted!

Salam...


perkara yang paling tidak dapat di tentukan dan dijangka sebagai pelajar ialah result=keputusan exam... Alhamdulillah, berkat doa ikhlas + usaha gigih yg aku rasa x lah berapa all out cos carry marks sikit or maybe aku performed well untuk final, insyaAllah aku harap journey ku towards the star is running smoothly. malah lagi bagus dari last sem. terbaik pernah ku capai! semua berjalan lancar ALHAMDULILLAH, THANK GOD. hey, "selempang pink", NC reserve untuk aku satu kayh! terima kasih untuk semua yang aku sayang yang sentiasa menyokong siang dan malam. lecturers, ibu ayah, friends and special friend!..


aku percaya, kalau aku mendoakan kejayaan pesaingku, semua makhluk Allah turut mendoakan untukku.. even haiwan pun bertasbih untukku.. betul tak? hehe

Friday, October 30, 2009

...

Salam...

InsyaAllah Allah itu Maha Adil. Dia mencipta halangan dan cabaran, Dia juga yang memudahkan segalanya, USAHA + DOA + TAWAKKAL...
  • 3hb Oct - Editorial Mangement (4 credit hrs)
  • 4hb Oct -Interactive Design: Electronic Publishing (4)
  • 5hb Oct - Media, Regulation and Ethics (3)
  • 12 hb Nov - Interpersonal Communication (3)
  • 15hb Oct -The Economics of Publishing (4)
No worries "myself" . Remember Allah and He will remember you...

Sunday, October 25, 2009

Salam...

Selepas melayari laman web MASSA





Kandungan bajet 2010 yang banyak membantu golongan pelajar IPTA dan IPTS




Menjaga kebajikan pelajar

Sebagai galakan, Kerajaan berhasrat memberi ganjaran kepada pelajar cemerlang dalam pendidikan. Untuk ini, Kerajaan akan :



  • menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik atau creme de la creme berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia;

  • menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010


Kerajaan prihatin terhadap kebajikan golongan pelajar terutamanya mereka yang datang daripada kalangan keluarga berpendapatan rendah.



  • untuk itu kita akan memberi diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar. Kad diskaun pelajar 1Malaysia percuma boleh diperoleh dari KTMB. Diskaun tambang ini bermula 1 Januari 2010; dan

  • menawarkan pakej netbook, termasuk perkhidmatan broadband percuma, kepada pelajar universiti dengan bayaran 50 ringgit sebulan untuk tempoh dua tahun. Pakej ini adalah jauh lebih murah daripada harga semasa di pasaran dengan prioroti diberikan kepada pelajar tahun pertama dan dari keluarga berpendapatan rendah. Sebagai permulaan, pakej ini akan ditawar oleh Telekom Malaysia kepada 100 ribu pelajar di semua universiti tempatan bermula 1 Januari 2010.

Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi Awam

Dalam usaha Kerajaan memperkasakan IPTA supaya lebih berdaya saing dan dapat meningkatkan ranking mereka berbanding universiti lain di dunia;



  • maka Kerajaan akan menimbangkan untuk memberi lebih autonomi dalam pengurusan kewangan, sumber manusia, pentadbiran, kemasukan pelajar dan penjanaan pendapatan. Dengan autonomi yang bertambah ini, IPTA, misalnya akan dibenarkan untuk menjana hasil pendapatan melalui penubuhan anak syarikat.

  • bagi mencapai objektif ini, Kerajaan sedia mempertimbangkan kelonggaran peraturan dan syarat yang menyekat IPTA menjana pendapatannya sendiri. Langkah ini akan mengurangkan kebergantungan kewangan IPTA kepada Kerajaan. Walau bagaimanapun, Kerajaan akan memastikan bahawa usaha menjana pendapatan sendiri tidak akan menjejaskan fungsi teras IPTA sebagai gedung ilmu untuk melahirkan modal insan yang berkualiti demi pembangunan ekonomi negara.

Meningkatkan Inisiatif Projek Perkongsian Awam-Swasta (PPP)

Kerjasama awam-swasta akan dipergiatkan dalam usaha untuk menjadikan sektor swasta sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi negara. Pelaksanaan projek berimpak tinggi oleh sektor swasta akan dijalankan secara kerjasama dengan Kerajaan. Dalam kerjasama ini, peranan Kerajaan adalah untuk membantu menyediakan prasarana asas agar projek-projek swasta ini berdaya maju.



  • Antara projek yang akan dilaksanakan pada tahun 2010 adalah Pembangunan Kompleks Bersepadu Imigresen, Kastam dan Kuarantin di Bukit Kayu Hitam, pembinaan 6 buah kampus UiTM dan pembangunan Pusat MATRADE.

Final mode : 3hb, 4hb, 5hb, 12hb, 15hb... takpela cos next sem ada satu je paper final... GOOD LUCK kepada semua kawan2 di semua IPTA dan IPTS... Berusaha, berdoa dan tawakkal... InsyaAllah ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...