Sunday, October 25, 2009

Salam...

Selepas melayari laman web MASSA





Kandungan bajet 2010 yang banyak membantu golongan pelajar IPTA dan IPTS




Menjaga kebajikan pelajar

Sebagai galakan, Kerajaan berhasrat memberi ganjaran kepada pelajar cemerlang dalam pendidikan. Untuk ini, Kerajaan akan :



  • menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik atau creme de la creme berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia;

  • menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010


Kerajaan prihatin terhadap kebajikan golongan pelajar terutamanya mereka yang datang daripada kalangan keluarga berpendapatan rendah.



  • untuk itu kita akan memberi diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar. Kad diskaun pelajar 1Malaysia percuma boleh diperoleh dari KTMB. Diskaun tambang ini bermula 1 Januari 2010; dan

  • menawarkan pakej netbook, termasuk perkhidmatan broadband percuma, kepada pelajar universiti dengan bayaran 50 ringgit sebulan untuk tempoh dua tahun. Pakej ini adalah jauh lebih murah daripada harga semasa di pasaran dengan prioroti diberikan kepada pelajar tahun pertama dan dari keluarga berpendapatan rendah. Sebagai permulaan, pakej ini akan ditawar oleh Telekom Malaysia kepada 100 ribu pelajar di semua universiti tempatan bermula 1 Januari 2010.

Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi Awam

Dalam usaha Kerajaan memperkasakan IPTA supaya lebih berdaya saing dan dapat meningkatkan ranking mereka berbanding universiti lain di dunia;



  • maka Kerajaan akan menimbangkan untuk memberi lebih autonomi dalam pengurusan kewangan, sumber manusia, pentadbiran, kemasukan pelajar dan penjanaan pendapatan. Dengan autonomi yang bertambah ini, IPTA, misalnya akan dibenarkan untuk menjana hasil pendapatan melalui penubuhan anak syarikat.

  • bagi mencapai objektif ini, Kerajaan sedia mempertimbangkan kelonggaran peraturan dan syarat yang menyekat IPTA menjana pendapatannya sendiri. Langkah ini akan mengurangkan kebergantungan kewangan IPTA kepada Kerajaan. Walau bagaimanapun, Kerajaan akan memastikan bahawa usaha menjana pendapatan sendiri tidak akan menjejaskan fungsi teras IPTA sebagai gedung ilmu untuk melahirkan modal insan yang berkualiti demi pembangunan ekonomi negara.

Meningkatkan Inisiatif Projek Perkongsian Awam-Swasta (PPP)

Kerjasama awam-swasta akan dipergiatkan dalam usaha untuk menjadikan sektor swasta sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi negara. Pelaksanaan projek berimpak tinggi oleh sektor swasta akan dijalankan secara kerjasama dengan Kerajaan. Dalam kerjasama ini, peranan Kerajaan adalah untuk membantu menyediakan prasarana asas agar projek-projek swasta ini berdaya maju.



  • Antara projek yang akan dilaksanakan pada tahun 2010 adalah Pembangunan Kompleks Bersepadu Imigresen, Kastam dan Kuarantin di Bukit Kayu Hitam, pembinaan 6 buah kampus UiTM dan pembangunan Pusat MATRADE.

Final mode : 3hb, 4hb, 5hb, 12hb, 15hb... takpela cos next sem ada satu je paper final... GOOD LUCK kepada semua kawan2 di semua IPTA dan IPTS... Berusaha, berdoa dan tawakkal... InsyaAllah ;)

Thursday, October 1, 2009

Pejam Celik, Tinggal 1 Lagi (~_^)

Salam...

Tinggal 1 sem lagi study... 1 sem lagi practical (Academic Writing) Cant wait:

Project based attachment (final year project: foreign universities, research centers & design house):

  • A one semester requirement.
  • Students conduct proposals and preliminary studies for one semester at UiTM.
  • Selected students are based on merits and significance of project.
  • Grading are done based on reports by foreign supervisor and final report on the project.
  • Academic credits are awarded to students and is compulsory.
  • Placement is done on Faculty’s approval.

where?

let it remains secret; my dream and pursuing for it...

Kak Long, where are you. Hit me back! Take Care ;)

Wednesday, September 16, 2009

Surat Untuk Kak Long ;)

Salam...


*kak long - the eldest niece*

Dear Kak Long a.k.a Nurul Syahirah,

T.A.K.E C.A.R.E and behave yourself.. Remember Him, always and always whenever and whatever and whatsoever pun... He will always be with you.

Regards,

Acik Nomie ;)

Saturday, August 22, 2009

SELAMAT BERPUASA ;)

Salam...

Selamat Berpuasa. Semoga Ramadan tahun ini membawa seribu keberkatan dalam menjalani kehidupan duniawi yang semakin mencabar. Banyak-banyakkan amalan dan istiqamah kepadanya, semoga ALLAH sentiasa bersama kita. InsyaAllah.


berpuasa di rumah sewa, berteman dengan kelas pack hingga ke petang, berbuka di dalam kelas, semua menduga sejuta kekuatan. May Allah Always be with us.

notes: off untuk RAMADHAN AL-MUBARAK. jumpe di AIDUL-FITRI ok. kecuali ada perkara penting perlu dicerita. i said "kecuali". hehe

salam..

Tuesday, August 18, 2009

Masih Ada Melayu Yang Sah!

salam..

semakin berkobar-kobar semangat 1Malaysia bila bace comment dada di post yang lepas.
dada... i love ur spirit, u are good in writing, no wonders amik pr. ahaks. okay, damn! memang sangat kecewa akan melayu sendiri. bukan nak berada di takuk lama or else, but since dah ramai yang berkorban apa saje untuk melayu, untuk malaysia, nape kita nak sia2 kan usaha diorg kan? strongly agree tang tu.

tu satu, satu lagi melayu hanya berada di MALAYSIA, Indian ada India, Chienese ada China. MALAYSIA ada Malay. INI NEGARA KITA, TEMPAT TUMPAH DARAH KITA. HUJAN EMAS DI NEGARA ORANG, BAIK LAGI HUJAN BATU DI NEGARA SENDIRI.

memang la cina dan India membantu kita mendapat kemerdekaan since British yang bg syarat "nak merdeka korg multi-ethnic kena bersatu", here we goes, tapi nape mcm dah pudar? masing2 nak tunjuk hebat. yang melayu pun duk pi bangga2, duk ikut telunjuk bangsa lain apesal?

betul dada cakap, "kalu tergadainya maruah melayu,i think bersedialah semua yg terpekik terlolong mahukan itu ini.kita akan jadi 3rd class citizen with no jobs,mungkin cuci jamban org". dada, saya sangat2 bersetuju!

menang sorak kampung tergadai! saya melayu yang masih berkawan dengan chienese malah belajar bahasa mandarin. tapi saya masih melayu, berbaju kurung, menjaga hak2 melayu. sangat sensitif bila Melayu duk pi ikut telunjuk bangsa lain. bukan diorg tak bagus, bagus tapi sampai bila duk kata Melayu lemah, melayu lemau, padahal ko pun org melayu!

fikirla sendiri, baca perlembagaan, jangan nak bace blog yg duk kritik pemimpin2 melayu, duk kutuk sana sini tapi tak faham sejarah. tangkap masuk ISA lagi bagus, bagi sedar diri tu MELAYU.

KAUMkaum tertentu: saya cinta mereka, happy mereka bersama2 hidup dalam negara Malaysia. tapi, jangan la nak demand lebih2, dalam perlembagaan sendiri kan dah cakap hak2 anda dan melayu.

PEACE MALAYSIA. 1MALAYSIA!!!
p/s sangat sensitif menjelang KEMERDEKAAN?
SELAMAT BERPUASA SEMUA!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...