Friday, February 22, 2013

Handmade Guestbook Untuk Dijual

Salam.

Guestbook sedia untuk tempahan dengan harga yang sangat MURAH di pasaran.
Tak percaya, boleh email saya di naomiclap@yahoo.com.

Orange Polka Dot with Fabric Flower - fabric postbound with sponge

Paper Postbound

Zurah & Pairus - Black and White theme (Paper postbound)

Craft Paper Scallop with Fabric Flower. (SOLD)
Anything, can contact me at 013-3020751 or email naomiclap@yahoo.com. Feel free to contact ya! Thanks, guyss!

Tuesday, February 19, 2013

Fabric Hand-Bouquet dibuka untuk tempahan

Salam...

Fabric hand-bouquet merupakan trend terkini bagi pengantin yang inginkan majlis mereka tampak berbeza dan ringkas. Pengantin tampil berseri pada hari bahagia. Material fabrik yang digunakan menjadikan HB ini boleh digunakan pada bila-bila masa, tidak perlu rungsing akan kesegaran berbanding bunga segar. Bahkan, boleh digunakan sebagai idea dekorasi ruang kediaman mempelai di kediaman baru mereka. Tempahan dibuka sekarang. PM dan hubungi untuk mendapatkan HARGA DISKAUN :)
 
Satin dan kemasan dengan manik

Kombinasi warna menarik
 

Wednesday, January 23, 2013

New Tools for DIY Projects.

Salam,

Oh what? You will 'handmade' the wedding invitation card? *pengsan*
NO! Just for the VIPs... About 300pcs (150 each side, bridal and groom)

Guestbook pun nak buat juga. Banyaknya nak kena buat. Grrr. Tapi saya suka saya suka!
Dah shopping sedikit tools untuk preparation. After submit je thesis, maka officially i am a bride-to-be. In sha Allah...

Doorgift pun nak buat sendiri juga. Trololol.

#Wedding date belum tetap lagi...

"Tapi takpe, buat je dulu... Menda tu bukan boleh basi," kata kakakakakak (sebab ramai kakak) HAHA!



Semua di atas adalah rubber stamp.

Ini pula scallop puncher.

Tak tahu lagi how they will turning out later. Yang pasti tak sabarnyaaa... Bukan tak sabar nak nikah, tapi tak sabar nak buat preparation (Logik ke? hahaha)

Okay then, bye!
Eh eh genap 5 bulan tunang la... (^_^)

Salam.


Sunday, January 20, 2013

List to DIY

Salam,

Sumber http://diy.soup.io/

List to DIY:

Doorgift
- Hair clips
- Paper bag
- VIP gifts
- Thank you Sticker

Nikah
- Hand-bouquet
- Baju nikah
- Veil

Sanding
- Hand-bouquet bride
- Hand-bouquet flower girls
- Baju sanding (alternate)
- Bunga telur pendang
- Hair clips flower girls

Guestbook & Candies
- Guestbooks, lace theme
- Flowers in pot (2 pot)
- Photo frame
- Tablecloth
- Decorated pen

Hantaran
- Semua dulang
- Bunga pahar

Bertandang
- Baju
- Hand-bouquet
- 'pakej lengkap' flower girls sama above-mentioned

Hiasan khemah dan rumah
- Pomander balls
- Lanterns
- Pom-pom flowers

Akan diupdate kemudian jika berlaku perubahan ;)

Saturday, December 29, 2012

Long Tail Model/Model Ekonomi Ekor Panjang

Salam...

Hari ini nak kongsi sedikit tentang teori ekor panjang ni... Teori atau Model ni invented by Chris ANDERSON. Antara scholar favourite aku sepanjang thesis writing ni. Pantang nampak buku Chris Anderson, tangan capai je. Di BBW haritu pun sempat grab 2 copies buku dia. RM10 hard cover. Rasa nak beli lima, walaupun sama! Haha.

Okay-okay kita teruskan. Aku terangkan model ini dalam gaya yang aku faham. Kut ada yang rasa dia juga sedang mempelajari model ini, mohon perturunkan sedikit kepada hamba. Hamba sangatlah mengharapkan dan pasti akan menghargainya.

Tak semua orang nak ambil tahu tentang teori pemasaran era digital ini memandangkan ia sedikit mengelirukan dan hanya melibatkan niche product (produk yang sesuai dan spesifik).

Sebab apa ekor panjang? Sebab hujung sekali tu (bahagian ekor terletaknya produk unik tapi tak popular, orang tak beli dalam jumlah banyak, namun pembeliannya mengenai tepat pada pembeli sasaran dan transaksinya berterusan.  Durasi produk dijual dalam pasaran talian ini juga lebih panjang dan lama. Macam korang nak beli buku karya agung English atau Malay. Taip di Encik Google, akan kaluar website mak nenek yang menjualnya. Korang pun dengan ghairahnya menekan butang BUY atau ADD TO CART! Capaian lebih menyeluruh dan jangka hayat produk itu dalam pasaran gelap semasa juga lebih lama berbanding produk-produk utama.

Hebat kan model ni?! Dannn.. model ni memang banyak digunakan dalam pemasaran/penjualan dalam talian. Aku memang pening-pening lalat juga masa mula-mula baca tentang model ni. Yelah, belajar tanpa guru ni takut sesat jalan. GPS mana boleh apply kat sini. hehe.

Tapi takpe, kita tengok macam mana ekor dia. Panjang sangat ke ekor tu? Kenapa tak guna mende lain selain EKOR? Macam Teori Tangan Panjang ke, Kuku Panjang ke, Lutut ke. hihi... Tengok gambar di bawah:


Nampak ekor dinosaur tu kan panjang dan halus. Panjang sebab berterusan dan banyak kali. Halus sebab belian dalam kuantiti sedikit.
Contohnya Amazon.com dan e-Bay. Cuba tengok bagaimana pemasaran, penjualan dan variasi produk dalam laman mereka. Pembeli akan sentiasa ada, non-stop walaupun mereka beli jumlah sedikit. Bak persoalan yang dikemukan oleh Chris sendiri, why the future of business is selling less of more! kenapa masa depan perniagaan menjual kuantiti sedikit lebih menguntungkan. lebih kurang macam itu la maksudnya. Cuba perharikan graf di bawah:
 


See, why we called it LONG TAIL. Niche product mendapat sambutan dan lebih lama durasi berada dalam pasaran.

OK cukup dulu kali ni. Next post aku akan bagi contoh yang lebih untuk kita sama-sama lebih faham. Ada kerja lain dulu nak settle. hihi.

Salam. Selamat Berhujung Minggu!

Friday, December 28, 2012

Big Bad Wolf 2012

Salam...

Tahu Big Bad Wolf kan?
Takkan lah tak tahu...?
Book exhibition terbesar di dunia. Bukunya murah gila, memang yang ni boleh guna gila tu, sebab aku almost gila. HAHA.

Sebenarnya aku macam tak nak pergi this year punya, memandangkan buku last year tak habis lagi baca. Tetapi mengenangkan tak cukup reference lagi untuk thesis, pegi jela. Ingat tak? Buku yang aku review last time, THE LONG TAIL tu? Kita tengok perbezaan harganya! Aku sikit lagi nak pitam. Tapi sebabkan pergi sorang-sorang, bimbang plak takde orang nak angkat ;)

Kiri; Published in 2008. Dibeli di Kinokuniya. Kanan; Published in 2006. Dibeli di BBW.


Buku aku beli yang KIRI tu dengan harga pasaran RM60.73.
Buku KANAN tu harganya cuma RM10, with jacket and HARD COVER!!! What???
Oh, aku memang rasa nak gigit2 buku tu. Beza cuma yang aku beli KIRI tu latest and revised edition la. (Nak sejukkan hati) Haha. Tapi memang betul la. Ada banyak juga contents yang berbeza.

Hasil tangkapan aku di BBW, dalam langkah menjadikan mereka pulang dengan jutaan ringgit :p Sudahnya aku pulang dengan dua ringgit. Cisss aku terpedaya dengan godaanmu. Nasib baik aku tak bawak RM300 atau lebih. Kalau tak memang licin.

Children's books tu pesanan daripada kakak. 



Sekarang, aku rasa kena cari balik duit, bagi menampung/menggantikan perbelanjaan di luar jangkaan ini. Any freelance jobs tak uols? haha.

OK. Salam!


Thursday, December 27, 2012

Idea Doorgift

Salam...

Tak pernah mengharapkan semua post dibaca sebenarnya. Tujuan utama untuk tatapan aku dan keluarga kelak. Memandangkan tulis dalam diari tu sounds old-fashion lah. haha!

Pernah mengalami perasaan teruja-yang-amat (over-excited) apabila keluarga korang memang memberikan kebebasan dalam menguruskan majlis perkahwinan sendiri? Family kami memang membebaskan kami untuk berkarya anytime, terutama di hari bahagia masing-masing. On Christmas day we went to GM Klang. Bought hair clips untuk DIY doorgift. Hehe!

Kita teaser dahulu. Nanti dah lepas majlis baru kita reveal. Siap dengan tutorial sekali ok. Hihi...


Yang pasti GM Klang memang medium untuk belian borong/pukal. Untuk kali ini, aku beli 300 clips sahaja. Lagipun majlis lambat lagi.

Tak sabar nak start buat. Nak siapkan thesis tak teruja macam ni. Haih, kenapa tak amik je course kraftangan ke, ukiran ke? (kalau dah suka berkarya) Huhu.

Okay. Good night. Esok my last working day at MPH Group Publishing! Yeay ;)
Salam.

Saturday, December 22, 2012

Project DIY Doorgift...

Salam...

Alhamdulillah dikurniakan ilham doorgift untuk wedding sendiri. Banyak perancangan untuk wedding, tapi terpaksa ditunda dan diperam dahulu memandangkan masih perlu berjuang untuk penulisan thesis yang asyik tergendala.

In sha Allah, saya akan mula memberikan 120% tumpuan pada thesis bermula awal Januari sehinggalah di hari submission-nya.

Lepas ni nak mandi, nak gi amik buku di UiTM. Kirim dengan lecturer untuk belikan buku di Amazon ;)

Catatan ini mungkin sangat bermakna bagi saya 10 tahun depan.

Selamat Hari Sabtu!

Saturday, November 24, 2012

Book Teaser EORI

Salam...


Nanti kita review KOMIK EORI Vol. 7, 8 dan 9 yang akan sampai ke MPH warehouse pada 26 November 2012 (Isnin) nanti. hehe. Siapa baca blog ni memang cepat sikit dapat info tentang buku melayu keluaran MPH Group Publishing. Yehehe :)

Happy weekend dan Selamat Hari Asyura.
Semoga hari ini menjanjikan sesuatu yang bermakna daripada semalam.

Tuesday, November 13, 2012

Book Review 6: Lafazkan Kalimah Cintamu

Salam...

Kita review novel Melayu pula. Ditulis oleh Siti Rosmizah. Buku pertama beliau andai Itu Takdirnya memang meletup kebabom. Sampaikan novel ke-2 beliau tak perlu Buku Prima sebagai penerbit. Beliau set-up penerbit sendiri, SR Publication gitu. Setiap page made ur tears drop. Haha. Depends tahap kesensitipan masing-masing la.





Tajuk: Lafazkan Kalimah Cintamu
ISBN: 9789675822001
Penerbit: SR Publication
Harga: RM 26.90
Penulis: Siti Rosmizah













Sinopsis:
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 23 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya. Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?


Pendapat aku?
NOVEL ni mengisahkan kekeluargaan, konflik percintaan yang sangat berat untuk difikirkan buat aku memandangkan aku baca novel ni di akhir zaman remaja, di mana kurang tepat sasarannya. Tapi... aku dapat menyerap watak yang diperikan dalam setiap plot. Itu dah cukup baik (dah macam pelakon, cis!) 

Hahaha, OK. Sebenarnya mesti dah ramai yang baca buku ni. So, aku macam dah malas nak review banyak-banyak. All the best word yang aku nak cakap, novel ni KELAKAR, SEDIH dan BOLEH MEMBAWAKAN hari-hari anda yang membacanya tanpa bosan.

Star aku nak bagi banyak juga. 4.5/5
Kenapa? Sebab aku payah sangat nak baca buku lebih dari sekali after khatam (x termasuk Qur'an haha). Sebabnya, mostly novel-novel cliched. X perlu baca byk kali sebab boleh jumpa plot sama dalam novel lain. TETAPI... Novel ni aku baca 3kali. Kira satu kejayaan yang maksimum untuk novel ini rupanya.

Aku baca macam esok nak amik exam. haha!

Sekarang Kak Siti (cewah, sesuketi panggil nickname haha) dah berjaya tulis 4 novel termasuk novel ini. Mereka ialah:

1. Andai Itu Takdirnya

2. LKC
3. Takdir itu Milik Kita
4. 7 Hari Mencintaimu

Semua best. Untuk bacaan ringan memang bagus. Selepas penat dengan heavy material readings (yang aku kena hadap untuk thesis writing).

Apa lagi? Daptkan segera. Nak beli kat mphonline pun boleh. Aku memang suka beli kat sini je. Bila malas nak pusing2 bookstores and bila aku memang tak perlu lagi survey2 buku apa nak beli. Kat link tu juga ada di linkkan dengan buku-buku hasil tulisan beliau yang lain.

Beli jela. Tak perlu pinjam-pinjam. Aku gerenti berbaloi sangat pembelianmu tu. huhu.

OKAY. Happy Diwali to those celebrating this festival.

Salam...

Sunday, November 11, 2012

Book Review 5: The Long Tail: Why the Future of Business is Selling Less of More

Salam...

"Books were becoming cheaper and more plentiful - what more could anyone want?"

 I am recently reading this book. My colleague, Mr. Eric Forbes, helped me to bought at Kinokuniya, priced MYR60.73. Since he is the member, discounted with 10%. Only paid for RM54.65.







Also can read the author's website, here.

WHY THE FUTURE OF BUSINESS IS SELLING LESS OF MORE.
About how our economy and culture is shifting from mass markets to millions of niches.

A MUST HAVE BOOK for Internet sellers/buyers.

Thank you. Happy weekend. Tomorrow is Monday. Blueghh!

Salam.






Friday, October 19, 2012

Book Review 4: Modern Home Ideas: Inspirations to Create Your Malaysian Dream Home

Salam...


Ada sesiapa yang bosan dengan layout rumah sekarang? Macam bosan je, dah 20 tahun TV tu duk situ. Meja makan pun dah 18 tahun duk situ. Haih, balik rumah je memang la best, tapi kena ada energy baru nih. Tapi tak ada idea plok nak ubah sofa ni, menyemak pulak nampak frame ni kat sini. Ermm.. Mungkin buku ni boleh membantu anda menjana idea baru dalam susun atur dan reka letak perabot dalam rumah. Bahkan panduan menghias laman dan juga dapur turut disediakan. Diterbitkan oleh MPH Group Publishing. Baru je lagi penerbitan ni. Kualiti paper yang sangat class dan this book looks elegance dengan color hitam sebagai based color. Boleh beli di mphonline atau mane-mana bookstores berdekatan anda.

Buku ini terdiri daripada beberapa bahagian rumah untuk rujukan. Living rooms, Staircase (bahagian tangga), Bedrooms, Bathrooms, Kitchen and Dining Rooms, Exteriors and Landscapes, Patios and Swimming Pools. Memang class la buku ni. Rumah-rumah yang diorang shoot pun memang kebabom! hehe


Buku ni in English, tapi teksnya pendek-pendek. Tak banyak pun. Gambonya besar-besar dan menarik. Nak juling mata tengok susun atur dan perabotnya!




Tajuk: Modern Home Ideas: Inspirations to Create Your Malaysian Dream Home
ISBN: 9789674158811
Retail Price: RM49.90
  
 
Synopsis:
Uplifting a modern home involves more than the strategic placement of furniture and accessories and a new paint job. A successful home decor concept comprises the best of four key elements: from function, style and comfort. A home should be warm inviting stylish practical and above all, comfortable to live in. Also crucial is the home owner's touch, which gives a home its unique character or personality.
Modern Home Ideas showcases many examples of charming home decor ideas that have done wonders for many Malaysian homes, be they terraced houses, high rise condominiums or spacious bungalows. Even if they cannot be emulated, the concepts showcased in this book will inspire you to create your own unique home decor concept that canhelp you transform youe dwelling into of the homes of your dream.
Begginers to interior design may find the featured concepts daunting, but keep in mind that much time and effort have been invested into them. With patience and creativity, your home can look like a masterpiece too.



OK. Jumpa lagi!


Salam













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...